April 04, 2009

Wiring Oh Wiring (Episod 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Beradanya saya di alam maya ini adalah untuk memberitahu para-para sakura pembaca yang amat budiman serta ikhlas untuk mempunyai internet untuk membaca blog aku yang coklat ini pada esok harinya aku akan menghabiskan kursus wiring (Jika hendak baca episod 1) yang aku gatal-gatal masuk anjuran CIDB. Esok merupakan hari terakhir aku berada di Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah atau KTYAGA cawangan Masjid Tanah. Selepas ini aku akan melihat KTYAGA dari luar sahaja kerana aku tiada kaitan lagi dengan institusi itu..hehe (Harap-harap Mr. K tidak membaca pernyataan aku ini). Tamat pemberitahuan. Pagi tadi macam luar biasalah aku pergi ke Masjid Tanah untuk memenuhi kedatangan bagi kursus wiring CIDB. Jika tidak kerana adanya forum etnik itu, aku sepatutnya datang pada hari Ahad lepas. Disebabkan Ahad lepas aku tidak datang (budak kelas aku tidak datang), jadi hari ini aku (dan budak kelas aku pada hari Ahad) kena datang pada hari Sabtu. Dipendekkan cerita lepas aku sampai di Masjid Tanah, aku menghentam roti canai dan air milo panas.


Tapi ini makanan encik ayie.

Aku dapat rasakan yang hari ini merupakan hari yang paling penat sekali dalam sejarah aku datang kursus wiring CIDB ini. Berlari-lari aku dan shafiee menyiapkan tugasan yang diberi. Memang penat sekali. Aku cat rumah dulu pun tak penat sampai macam ni sekali..haha. Dah la ada peristiwa buruk berlaku pada aku. Klip pada pensel kontot aku patah. Baru je aku couple dengan pensel kontot itu 2 bulan, dah patah. Sedih aku tengok..wawawa. Sudah. Aku tak larat nak taip panjang-panjang entry ini kerana jari aku pun menjadi mangsa kepenatan.


Apabila jari menjadi mangsa keadaan sekeliling.

Akhir sekali, bolehlah aku simpulkan bahawa mereka-mereka teramat serius dalam menyiapkan tugasan yang diberi..haha. Kebiasaannya kita akan lihat mereka ini sentiasa ceria dan tersenyum sahaja walaupun assignment dan lab report sepatutnya dihantar dalam masa terdekat ini.


Ahmad Hafizi dengan muka bengisnya.


Encik ayie dengan muka cerianya kerana kepenatan.

Akhir sekali lagi, esok merupakan hari terakhir aku. Esok merupakan ujian praktikal wiring. Harap-harap aku lulus kerana ia membolehkan aku mendapat sijil dan kad hijau. Sijil boleh aku gunakan untuk mendapatkan kerja di kala ekonomi yang macam Bode Plot.


Episod Wiring Oh Wiring

Wiring Oh Wiring
Wiring Oh Wiring (Episod 3 - Edisi Khas)

Comments

GOOD LUCK bro..

semoga lulus dgn cemerlang gemilang dan terbilang!

kuihkuih..
Saturday, April 04, 2009
m[i]era > ble lulus bru bleh jd cemrlang gemilang dan terbilang..
kuikui
Saturday, April 04, 2009
mengang gak aku!!!!!!!
Saturday, April 04, 2009
fjie > ala lek r..slh 1 cre nk promote mke ko..haha
Saturday, April 04, 2009
en wiring..
hee X)
kalau lappy saye punye build in fan x berfungsi, nape er?
mahal x nk repair?
Sunday, April 05, 2009
nur-al-AIN > ooo..ada gk mmber kne cmtu..klau xsilap klau anta kt kedai kne bayau dlm rm30 sbb nk msukkan cecair penyejuk..
build in fan xberfungsi tu sbb bnyk sgt habuk..mngkin lappy tu diletakkan dlm keadaan yg udara xleh nk kuar masuk dgn lancar..hehe
Sunday, April 05, 2009
alahai kecian sama itu jari2..
hihi

sodap pulak tgk roti canai tu...
Sunday, April 05, 2009
wah..wiring ek yg awk buat...??bt yg terbaik okeyh :p good luck ;)
Sunday, April 05, 2009
lea > ksian la sbb tu jari sy..haha roti canai itu mmg sodap utk dimkn..hehe
Sunday, April 05, 2009
Cik Angah > x..wiring ni sje je amik..kursus sampingan..hehe
Sunday, April 05, 2009
dapnyee roti canai..hehe..lapau2..
Monday, April 06, 2009
semoga berjaya dan teruskan usaha..
i like roti canai :)
Monday, April 06, 2009
pinky_funky > sodap tu..lapau ke? g beli roti canai..hehe
Monday, April 06, 2009
Shitsurei shimashita > uish..ramai gk mnat roti canai..haha
Monday, April 06, 2009
a lot of thanks dude!
really appreacite it...
Tuesday, April 07, 2009
a lot of thanks dude!
really appreacite it...
Tuesday, April 07, 2009
a lot of thanks dude!
really appreacite it...
Tuesday, April 07, 2009
nur-al-AIN > sme2..hehe
Wednesday, April 08, 2009
↑