Kontot

Hari ini aku bosan, jadi mari kita bercerita mengenai pensel tekan rasmi aku. Pensel tekan berjenama Pilot yang aku gunakan sejak 5 TAHUN lalu akhirnya telah sampai jangka hayatnya untuk bersara. Gara-gara aku meletakkan pensel tekan itu di dalam kocek seluar, pensel itu patah dengan rasa tidak bersalahnya. Tetapi pensel tekan itu bukanlah pensel kontot. Ianya pensel panjang yang berwarna ungu. Tidak percaya 5 tahun? Lihat di bahagian getah itu, ianya telah kuning sehingga mengeluarkan macam-macam bau kerana banyak tangan yang menggunakannya sejak 5 tahun lalu..haha

Bahagian bulat menunjukkan ianya telah patah dan tidak boleh digunakan lagi.

Disebabkan kepatahan pensel itu, aku pun membeli pensel baru di Jusco a.k.a JJ. Sedang aku membelek pensel tekan yang hampir serupa dengan pensel tekan aku yang patah itu, aku pun terjumpalah pensel tekan yang hampir serupa tetapi ianya kontot..haha. Aku menjadi jakun sebentar kerana pertama kali jumpa pensel tekan yang serupa macam aku punya tetapi edisi kontot. Di bahagian pensel itu tertulislah saiz XS.

Ini namanya pensel kontot.

Ianya memang amat berbeza dengan pensel tekan aku yang patah itu kerana ianya kontot dan nampak best sahaja untuk menulis..haha. Oleh itu, aku pun telah menyambar pensel kontot ini dan harap-harap dapat bertahan macam pensel tekan lama aku. Encik ayie juga tertarik dengan pensel kontot ini tetapi dia terasa berat hati untuk membeli kerana pensel itu kontot sangat. Mungkin tidak kena dengan jiwa raganya.

Perbezaan antara pensel panjang dan kontot.

Malam itu, semasa aku study subjek Network Signal, aku pun tertariklah untuk memperagakan pensel kontot itu. Nampak menarik sahaja pensel kontot itu. Aku suka..haha.

Tangan aku dengan pensel panjang. Nampak panjang.

Tangan aku dengan pensel kontot. Nampak kontot pulak.

Lokasi : Rumah aku la. :P
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

tgn tu kelihatan comel..hahaha seperti pensel itu juga..

Balas
avatar

hehhehe..ooo..ni die pensil kontot..hukhik..

Balas
avatar

pinky_funky > ini namanya pensel kontot.haha

Balas