Habis cerita pasal Earth Hour..hehe. Hari ini aku bangun pukul 7.36 pagi selepas menyambung tidur selepas Subuh..hehe. Hari ini kepala otak aku dimasukkan dengan etnik-etnik di Malaysia walaupun aku tahu Malaysia ada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Disebabkan aku mengambil subjek Hubungan Etnik di UTeM, aku diwajibkan pergi menghadiri Forum Titian Integrasi Etnik Siri 1 bertempat di Dewan UTeM di kampus industri, UTeM. Jangkaan aku, ramai yang tidak akan mendengar forum ini walaupun ianya dihadiri oleh 3 orang yang bergelar Doktor (Phd), ada juga yang akan tidur dan ada juga yang berjalan-jalan..hehe. Jangkaan aku hampir tepat apabila ramai yang tidak mendengar forum ini tetapi tidak ramai yang tidur..hehe.
Kali ini, aku bertugas sebagai pencatat segala isi dalam forum itu kerana diwajibkan menghantar report berkaitan forum ini pada keesokkan harinya. Memang bersungguh-sungguh aku membuatnya kerana report itu akan diberi markah yang setimpalnya..hehe. Jadi, aku tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan A dalam Hubungan Etnik untuk membaiki pointer aku yang semakin teruk..haha. Kesungguhan aku telah menyebabkan tangan aku semakin tidak bermaya untuk menulis kerana mereka bercakap sungguh laju dan suaranya tenggelam..hehe. Hasilnya, 4 helai kerta sudah dibazirkan untuk forum ini untuk tujuan yang berguna dan tidak berguna. Apakah tidak berguna? Mereka (Azmi, ayie dan shafiee) bermain BINGO menggunakan kertas kosong itu.
Comments
segan ar shafiee nnt...
hu hu hu...
klu die taw...
msti die segan nyer...