Apabila semua orang mendengar arahan dengan teliti.
Pengajar itu menyatakan bahawa untuk pendawaian kali ini, ia memerlukan masa lebih kurang sejam sahaja, termasuklah menyambungkan wayar-wayar itu ke dalam kotak suis serta pengemasan dan pencantikkan. Aku agak terkejut juga kerana ia merupakan masa yang terlalu cepat kerana pendawaiannya nampak kompleks serta berselirat macam urat-urat yang berada di dalam kepala otak seorang bayi.
Apabila ada orang membuat muka blur.
Setelah proses pemasukkan maklumat daripada pengajar selesai, maka bermulalah sesi membuat kepala otak berserabut dengar wayar-wayar yang banyak. Aku dan shafiee macam biasalah blur di awal-awal kerana masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan kerana kengantukkan yang luar biasa. Setelah melihat wayar-wayar yang berselirat, terus segar dan hilang mengantuk (Tengok benda-benda yang berselirat mampu membuatkan anda tidak mengantuk).
Apabila litar ini menjadi rujukan untuk wiring kali ini.
Tengah hari itu, ramai yang sudah siap dan ramai yang pergi makan tengahari. Aku dan shafiee tidak makan kerana bersungguh untuk menyiapkan kerja yang diberi. Matahari dah terpacak pun tak siap lagi. Sedangkan pengajar itu memberitahu bahawa kerja ini boleh disiapkan dalam masa 1 jam sahaja. Aku buat wiring tu pun dah dekat 3 jam, itupun tidak siap lagi..haha. Petang itu, kerja-kerja akhir dilakukan sebelum menguji keberkesanan wiring. Ha, part ini yang aku nak bercerita..haha. Setelah group pertama sudah diuji litarnya dan berjaya, tibalah group kedua yang diwakili oleh Mr. S dan Mr. B (rahsia nama atas undang-undang) menguji litarnya berjaya atau tidak. Aku dan shafiee yang berada di bay sebelah teruja ingin melihat group ini menguji litarnya lalu memandang dengan penuh asyik.
(Pengajar memberi arahan bagaimana untuk menghidupkan serta menguji litar)
(Hampir semua orang tertumpu kepada group ini termasuklah aku. Aku berdiri bersebelahan dengan suis elektrik)
Pengajar : Ok, awak hidupkan suis
Aku : Baikkkkkk (dialog tambah)
Pengajar : Mula-mula kita akan tengok benda alah ini berfungsi ke x. Kalau awak tekan benda ini lepas itu dia terus reset maknanya benda ini berfungsi.
Mr. S : Ok, saya tekan.
(Serentak dengan itu, suis utama terus reset)
Pengajar : Ok, jadi2...
Mr. B : Yesss
Pengajar : Ok, tekan suis 1.
Mr. S : (Muka confident) Saya tekan suis 1...
...................................................................................
...................................................................................
BOOOOOOMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!! (hahahaha)
Aku terdengar bunyi bom meletup serentak apabila Mr. S menekan suis 1. 1 KTYAGA blackout. Gelap gelita. Disusuli pula dengan bunyi macam besi jatuh..haha. Rupa-rupanya suis utama KTYAGA sudah meletup lalu rosak kesemua komponen yang berada di dalamnya..haha. Menurut kawan aku, dia ternampak api berwarna merah keluar dari suis utama KTYAGA serentak dengan bunyi bom..haha. Pertama kali aku mendengar bunyi bom..haha. Ok itu sahaja untuk kali ini..haha
Apabila suis utama KTYAGA mengganas, berlakulah letupan.
Moral of the story : Pastikan wayar life dan neutral tidak bersambung. Anda mungkin boleh menjadi seorang pembuat bom sekiranya menyambungkan wayar life dan neutral ini.
Episod Wiring Oh Wiring
Wiring Oh Wiring
Wiring Oh Wiring (Episod 2)
Comments
huhu
2 sume multimeter shafiee yg salah...
huh huh uhu