Farmville
Aku tak tahu kenapa game ini amat popular di kalangan kawan-kawan aku di Facebook. Setiap 3 minit mesti akan ada update mereka yang bermain Farmville. Aku pun cuba meringankan jari jemariku bermain game ini. Nampak biasa je..hoho. Agak susah juga untuk membuat duit dan membesarkan ladang aku. Haiwan-haiwan yang ada dalam ladang aku pun aku adopt dari orang..haha. Pokoknya pula aku dapat dari free gift..hehe. Jadi aku sedang berusaha untuk menghiaskan ladang aku dengan meletakkan pokok-pokok di sekeliling ladang. Kurang global warming..hehe.
Ladang aku. Misi menanam pokok disekeliling ladang.
Café World
Game ini juga dibuat oleh developer yang sama yang membuat game Farmville iaitu Zynga. Game ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana sesuatu makanan biasanya paling cepat siap 3 minit. Paling lama siap 2 hari. Makanan yang cepat siap akan basi jika tidak dihidang untuk tempoh yang singkat..haha. Sekarang aku sedang memasak ayam dan akan siap esok..hehe.
Aku chef dan dibantu oleh 2 orang waiter.
Civilization IV
Game ni asalnya dimainkan oleh Mohd Azmi, dia cakap dia memang fanatik dengan game ni. Aku tengok dia main. Nampak menarik. Game yang mempunyai ciri yang lebih kurang sama dengan menu Global Conquest yang terdapat dalam Command and Conquer : Kane Wrath, iaitu berasaskan turn based strategy. Siapa yang minat sejarah bolehlah cuba game ini kerana ia memang berdasarkan sejarah apabila sesuatu negara itu baru diilhamkan sehinggakan zaman moden dimana manusia sudah keluar ke angkasa..hehe.

Civilization IV
Comments
jd antu game la tu..