CnC 3 - Aktiviti Cuti Pertamaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku. Petang tadi aku dah merdeka. Sebab apa merdeka? Sebab exam aku dah abis. Kata orang, bila exam besau2 ni dah abis, kira dah tak terseksa dah. Boleh lepak2, makan sampai perut buncit nak mampus, tidur sampai air liur meleleh sampai bantal tu dah boleh perah air dah. Aku takdelah buat macam itu sebab aku ada benda yang lagi best yang boleh aku buat..haha. Sebab tajuk post ni pun berkaitan aktiviti pertama aku pada masa cuti, jadi inilah benda yang aku buat @ main.


Command And Conquer 3 : Kanes Wrath.

Aku main benda ni. Command And Conquer 3 : Kanes Wrath. Dah lama aku install benda alah ini, adalah dekat 2-3 bulan lepas tapi tak dapat main dengan sepuas-puasnya disebabkan kerja-kerja assignment yang beratnya hampir 10-100kg dicampur pula dengan exam-exam yang membuatkan aku kurus. Tapi aku tak suka sangat main yang campaign punya sebab tak mencabar..haha. Jadi, aku sebagai peminat game ni sejak dia keluar kt playstation dulu, aku mainlah yang global conquest punya. Untuk yang global conquest ni, dia amat-amatlah berlainan dengan skirmish mode yang biasa ada dalam mana2 game C n C. Cara main dia, tengok je gambau di bawah ini, aku bukan paham sangat pun, main je..haha


Mode baru dalam Kane Wrath.

Aku memang suka mode ni. Lagi mencabar minda berbanding daripada skirmish mode tu..haha. Untuk yang ni, aku pilih Skrin iaitu askar Alien yang datang menyemak di Bumi ini. Alien ni nampak macam cool je, jadi aku pilihlah Alien tu..haha. Interface untuk mode ni lagi smart, tunjuk peta dunia dan pasukan-pasukan yang sedang menconquer tempat itu. Dalam peta tu, Malaysia nampak kecik je..haha.


Belah Asia.

Aku printscreenkan peta kt Malaysia ni. Nampak kecik je. Macam tak wujud je Malaysia tu..haha. Nampak yang warna ungu tu? Ha tu la team yang aku kawal, Scrin a.k.a Alien. Best main yang mode ni bagi sapa-sapa yang kaki game terutamanya yang kaki C n C mesti tahu or pernah main game ni kan. Kalau tengok di peta itu, nampak aman je kan? Sebab kebanyakkan base jaraknya terlalu jauh antara satu sama lain. Aman kejadahnya. Base aku kena serang dengan askar manusia..perang r pe lagi.


Belah Asia.

Gambau ni menunjukkan interface bahawa team aku yang cool ni kena serang dengan askar manusia. Di bawah tu ada menu nak pilih auto-resolve atau real time. Kalau auto-resolve, pc ko akan membattlekan untuk ko. Kalau team kuat bolehlah menang gune cara auto-resolve ni. Kalau tak pasti boleh menang ke tak, boleh cuba real time punya. Untuk yang ini, barulah battle macam skirmish mode tu. Last sekali, aku menang dengan 50 turn..haha (tak main cheat maa). Itu sahaja dari aku, nanti aku cerita lagi.

P.S : Sape leh bagi aku premium akaun rapidshare..nak download Need For Speed Undercover..haha
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

mana nk dpt game nih??

Balas
avatar

aku jeles ngn dota ja. nasib baik dota tu game, bukan pompuan, haha

Balas
avatar

sori la..xmnat dota..haha
dlu mnat r time dia ngh brtapak lt playstation dlu..haha

Balas