Tuvalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini entry aku agak serius memandangkan suhu global yang semakin lama semakin meningkat. Peningkatan suhu global pada masa kini agak cepat berbanding 10 tahun yang lalu. Hasilnya kita dapat rasa yang bahang-bahang kepanasan terasa yang amat sangat walaupun kita berada di dalam keadaan berhawa dingin. Suhu global yang semakin meningkat ini juga membimbangkan para saintis yang sentiasa melakukan kajian di bahagian kutub (Kutub Utara dan Kutub Selatan). Mereka mendapati bahawa kebanyakkan bongkah ais di situ cair dengan lebih cepat daripada apa yang mereka jangka. Ini membuktikan bahawa peningkatan suhu global berlaku tanpa kita sedari.

Ais di Kutub Utara. Sumber : Scenery Series


Kamu tahu Tuvalu? Tuvalu merupakan negara keempat terkecil sekali di dunia dengan kepadatan penduduk seramai 11992 orang (wiki:Tuvalu). Negara ini mencapai kemerdekaan sepenuhnya daripada kerajaan United Kingdom pada tahun 1978. Tuvalu terkenal dengan keindahan pantainya kerana negaranya yang kecil dan dikelilingi oleh Lautan Pasifik Selatan. Ianya pasti menjadi tarikan pelancong yang ingin mencari ketenangan dan mahukan kelainan.

Pantai yang terdapat di Funafuti, ibu negara Tuvalu


Memang indah sekali jika kita lihat gambar-gambar pantai di Tuvalu ini. Namun begitu, kedudukan negara ini yang hanya 4.5 meter di atas laut menyebabkan penduduknya berada dalam keadaan bahaya sekiranya aras laut naik dengan mendadak. Terutamanya apabila suhu global yang semakin meningkat sekarang ini menyebabkan Universiti of Hawaii mengambil inisiatif mengkaji aras laut yang semakin meningkat di kepulauan Tuvalu. Menurut Wikipedia, Tuvalu bermungkinan besar akan menjadi negara pertama yang akan tenggelam akibat peningkatan suhu global. Mungkin informasi itu akan menjadi kenyataan kerana pada masa kini Tuvalu sering kali mengalami banjir yang amat teruk dan kerap berlaku.

Tuvalu yang semakin menipis


Memang ramai yang beranggapan bahawa Tuvalu bakal menjadi negara pertama yang akan tenggelam disebabkan fenomena rumah hijau, kamu boleh lihat di Wikipedia berkaitan Tuvalu di bahagian references. Bagi masyarakat lain di dunia, mereka mungkin menganggap bahawa keadaan di Tuvalu hanyalah masalah kecil yang tidak perlu dibimbangkan tetapi percayalah bahawa suatu hari nanti kita pasti akan mengalami situasi sepertimana yang dialami di Tuvalu sekarang hasil daripada kerakusan manusia mengejar cita-cita tinggi tetapi pada masa yang sama mengabaikan tanggungjawabnya kepada alam sekitar.

Perkampungan Kivalina, Tuvalu yang mengalami banjir. Sumber : No Impact Man


[Keselamatan Akaun Facebook]

1 komen:

Jard The Great said...

waa.. chanteknya tpt tu..........

Post a Comment

- Sila klik pada post comment sekali lagi jika komen tidak boleh dihantar
- Gunakan ID blogger untuk menampakkan avatar di sini