Mari Bergelap

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Rasanya aku terlalu awal untuk pos entry ini tetapi aku nak pos juga di blog ini..hoho. Kita tahu pada masa sekarang ini, Bumi boleh dikatakan telah mula panas daripada biasa walaupun hujan mencurah-curah (di ladang gandum). Kepanasan itu luar biasa sehingga menyebabkan ais-ais di Kutub Utara mula mencair dengan kadar yang lebih cepat. Para saintis menjangkakan bahawa Bumi akan mula diliputi dengan air laut sepenuhnya menjelang tahun 2030 jika tiada tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan kepanasan atau suhu global Bumi ini.

Suasana di Kutub Utara


Earth Hour merupakan program yang bermula di Sydney pada tahun 2007 untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai betapa pentingnya tindakan perlu diambil untuk mengurangkan suhu global yang semakin lama semakin meningkat. Para saintis bimbang jika suhu global ini meningkat, ia mampu mencairkan ais di Kutub Utara dan ia cukup untuk menenggelamkan sebuah negara yang kecil seperti Singapura. Antara fakta mengenai Earth Hour di Sydney tahun 2007 :
  1. Menurut Energy Australia, sebanyak 10.2% penurunan penggunaan tenaga elektrik di seluruh Australia semasa program Earth Hour berlangsung.
  2. Penurunan sebanyak 24.86 tonnes karbon dioksida, bersamaan dengan 48 613 kereta tidak digunakan dalam masa sejam.
  3. Suhu di Sydney semasa Earth Hour 2007 ialah 19.8oC

Pada tahun 2008 pula, program Earth Hour ini telah berkembang di seluruh dunia. Sebanyak 36 buah negara telah bersama-sama dalam usaha untuk menurunkan suhu global yang semakin meningkat dan menjadi kebimbangan kepada semua pihak. Menariknya, Earth Hour 2008 menyaksikan beberapa buah bangunan yang menjadi lambang kepada sesebuah bandar bergelap seperti :
  1. Empire State Building (Bandar New York)
  2. Sears Tower (Chicago)
  3. Golden Gate Bridge (San Francisco)
  4. Sydney Opera House (Sydney, Australia)
  5. SM Mall of Asia & The Giant Globe (Manila, Filipina)
Sasaran WWF pada tahun ini ialah mencapai objektif iaitu seluruh dunia akan bergelap pada 28 Mac 2009 tepat jam 8.30 malam mengikut zon waktu di negara masing-masing. Kita sebagai manusia yang mendiami Bumi ini tidak seharusnya mengabaikan alam sekitar begitu sahaja kerana bukan kita sahaja yang mendiami Bumi ini. Haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga mendiami Bumi ini. Tunjukkan usaha anda sebagai seorang yang mengambil berat mengenai alam sekitar dengan mendaftar di Earth Hour Malaysia di sini



Logo Earth Hour.

Sumber fakta :
  1. WWF Australia
  2. Earth Hour - Wikipedia
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

sokonglaaaa earth hour~~ reen dh kt uma dh time tuh..wee^^

Balas
avatar

Kalaulah TNB potong seluruh Malaysia..

Balas
avatar

Nazra~ > msti kamu akn menjerit "wei, aku bayar bil elektrik laa.." haha

Balas