Ya, aku masih lagi berpaut pada servis Blogger, yang menyediakan perkhidmatan blog dan domain secara percuma dengan menggunakan sub-domain .blogspot. Ramai juga orang yang mengkritik servis Blogger atas beberapa sebab :
- Menggunakan sub-domain .blogspot yang dilihat kurang sedap didengar. Macam blog aku ni mohdnasri.blogspot.com. Kalau diletakkan mohdnasri.com nampak macam professional. Tapi, apa yang aku pasti, Blogger juga menyediakan perkhidmatan blog untuk dihos ke dalam domain sendiri. Hanya perlu sedikit pengetahuan mengenai domain itu dan boleh digunakan.
- Aku buat "blog walking" dan ternyata ramai yang mengkritik bahagian komen bagi blog di bawah Blogger yang perlu melepasi "Word verification" yang agak cincai macam budak umur setahun yang baru belajar menulis. Ada pro dan kontranya kenapa ramai blogger yang mempunyai blog di bawah hosting Blogger mengaktifkan "Word verification" ini.
- Hiasan blog yang tidak bebas. Contohnya favicon di blog yang tidak boleh diubah. Tetapi ada caranya untuk menukar favicon tersebut.
Rekod paling ramai pengunjung
Setakat ini, aku tidak pernah merekodkan pengunjung sebanyak apa yang telah aku ceritakan di dalam entry dulu-dulu. Memang benar, fungsi next blog di atas sekali membolehkan blog aku didatangi pengunjung asing yang tidak pernah melihat blog aku..haha. Jadi, gunakan fungsi tersebut dengan sebaiknya. Walaupun ianya mungkin akan memburukkan blog tetapi percayalah bahawa ia mungkin menyumbangkan pendapatan lumayan..hehe
Entry yang biasa dicari dalam Google
Aku agak terkejut sedikit kerana selama ini jarang sekali ada pengunjung yang datang ke blog aku melalui enjin carian seperti Google dan Yahoo. Namun segalanya berubah sejak aku pos entry mengenai Iskandar Zulkarnain. Entry ini berbentuk ilmiah dan aku mengambil masa selama sehari untuk menyiapkannya kerana aku perlu mencari sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Dan, ramai pengunjung datang ke entry ini melalui enjin carian.
Entry paling banyak komen
Haha..entry yang paling banyak menerima komen daripada pengunjung blog iaitu sebanyak 36 komen ialah pendedahan terbuka aku mengenai hubungan aku dengan cik reen. Ya, memang aku telah berkapel dengan dia dan aku harap sangat dapat berkahwin dengannya..hehe. Perghh, cita-cita yang tinggi menggunung. Walaupun begitu, aku harap sangat dapat mencari kerja tetap di kala krisis ekonomi yang semakin teruk yang menyebabkan banyak kilang elektronik terpaksa ditutup.
Ok, itu sahaja untuk entry yang ke 100. Semoga aku terus kuat untuk mengharungi cabaran yang mendatang. Harap-harap kamu begitu juga. Sekian, terima kasih.
Comments
semoga impian akan menjadi kenyataan..
dan semoga hubungan nas ngan reen kekal hingga ke jinjang pelamin.. :D
harap2 harapan menjadi kenyataan..hehe