Pengunjung Sesat

Sesiapa yang menggunakan Blogger sebagai tempat untuk berblog dan juga widget FeedJit sebagai widget untuk mengesan aktiviti pengguna yang datang ke blog, mesti akan nampak sesuatu yang pelik dalam satu-satu masa. Kenapa? Itulah kuasa navbar yang terdapat pada bahagian atas sekali blog di bawah Blogger.

Navbar berfungsi sebagai tempat untuk mencari entry di dalam blog berdasarkan keywords yang telah dimasukkan, berguna untuk mereka yang malas hendak menaip laman web Blogger untuk sign in, flag kan blog yang nampak macam mengandungi entry-entry yang mungkin menyinggung mana-mana pihak dan butang next blog itulah yang paling berkuasa. Berfungsi sebagai tempat untuk kita menjenguk jiran blog kita. Di Malaysia, navbar mungkin tidak penting bagi seorang blogger, malah kebanyakkan blog juga telah membuang navbar itu mungkin atas sebab keselamatan. Pengunjung di luar negara pula kebanyakkannya menggunakan navbar ini untuk pergi dari satu blog ke blog ke lain. Inilah yang dikatakan pengunjung sesat bagi aku. Tidak percaya? Lihat di sini

Tengok berapa ramai pengunjung sesat datang ke blog aku tanpa segan silu. Mungkin dorag juga tidak faham akan blog aku kerana kebanyakkan entry di dalam blog aku ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Setakat ini belum ada lagi online visitor yang mampu memecahkan rekod ini. 12 pengunjung kesemuanya. Aku tahu blog aku ini tidaklah mempunyai trafik yang tinggi tetapi bila melihat angka ini, aku berasa puas hati walaupun pengunjung itu pengunjung sesat.

Baik klik pada gambar untuk membuang blur-blur yang terdapat pada gambar. Kenapa aku cakap navbar memang berkuasa? Lihat saja gambar ini. Pengunjung dari negara lain datang ke blog aku dengan menggunakan navbar. Buktinya semua pengunjung datang dari blogger.com iaitu link yang dibuat oleh navbar Blogger.

Kesimpulannya, bagi aku, navbar juga berfungsi sebagai pembawa trafik dari negara luar walaupun mereka hanyalah pengunjung sesat, tetapi mungkin apabila mereka nampak iklan yang menarik di blog kita dan mereka mengkliknya, boleh dapat duit.
Previous
Next Post »
0 Komen