Perihal Iskandar Zulkarnain

Tiba-tiba aku rasa nak pos sesuatu yang menjadi persoalan yang sentiasa bermain di dalam fikiran semua orang, tidak kira sama ada ahli sejarawan, ahli falsafah, mahupun mereka yang tahu mengenai perkara ini. Terdetik hati aku untuk mencari maklumat berkenaan manusia yang paling berkuasa suatu ketika dahulu apabila aku melihat iklan rancangan Alexander bukan Zulkarnain di Astro Oasis. Aku akui, aku memang mempunyai sedikit maklumat sahaja mengenai manusia ini. Apa yang aku tahu sebelum ini ialah manusia ini merupakan raja yang amat berkuasa suatu ketika dahulu. Menakluk dunia dengan menggunakan bala tenteranya yang hebat-hebat. Masa sudah berlalu dan kini terdetik suatu persoalan : Adakah Alexander The Great mempunyai perwatakan yang sama dengan Iskandar Zulkarnain seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran? Adakah 2 nama ini merupakan 1 manusia yang sama?

Aku mencari maklumat berkaitan manusia ini di dalam Internet. Ini antara hasilnya :
Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada tolak bandingnya. Di kalangan umat Islam, beliau dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great. Namun, perbezaan nama itu menimbulkan persoalan yakni adakah kedua-dua nama itu orang yang sama ataupun tokoh yang berbeza. Persoalan ini masih belum terjawab. Di kalangan ulama dan para sarjana, mereka berbeza pendapat mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan dan ketidakselarasan cerita mengenai Iskandar Zulkarnain mengikut versi Islam dan barat.
Iskandar Zulkarnain memang merupakan pemerintah yang agung. Keluarnya 2 nama ini adalah hasil daripada pandangan agama yang berbeza. Di dalam Islam, manusia ini dikenali dengan nama Iskandar Zulkarnain. Sememangnya Al-Quran merupakan bukti yang paling diyakini jika kita ingin berdebat mengenai persoalan ini. Tetapi, semestinya orang kafir tidak faham kerana tidak ingin mereka hendak percaya dengan kitab yang bertentangan dengan pegangan mereka. Jadi keluarlah nama Alexander The Great, yang mana mereka mendakwa bahawa manusia ini merupakan raja yang paling agung, sudah menakluk dan memerintah dari timur ke barat, dari utara ke selatan.
Alexander the Great bukanlah ciri-ciri raja yang disebut dalam Al-Quran.Sebaliknya Iskandar Zulkarnain adalah Raja yang soleh, menyembah Tuhan yang Esa. Namun, Al-Quran tidak menceritakan siapakah Manusia istimewa ini secara menyeluruh. Menurut Sejarahwan Islam, Iskandar Zulkarnain adalah sekadar nama. 'Zulkarnain' dalam bahasa Arab bermaksud 2 tanduk. 2 tanduk ini adalah simbolik kepada raja yang berjaya menyatukan Timur dan Barat.
Petikan di atas merupakan antara ciri-ciri Iskandar Zulkarnain seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Mempunyai perwatakan yang sangat baik dan mulia seperti yang dituntut di dalam Islam. Menurut sejarah, Alexander The Great tidak mempunyai ciri-ciri ini, sebaliknya mempunyai ciri-ciri yang lebih kepada raja yang "dahagakan kekuasaan". Sememangnya ia sudah terang lagi bersuluh bahawa Alexander dan Iskandar merupakan manusia yang berlainan, mungkin juga Alexander sebenarnya tidak wujud di dalam dunia ini.
Petikan dari Surah Al-Kahfi:

[83] Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.

[84] Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

[85] Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

[86] Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.

[87] Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

[88] Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.

[89] Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[90] Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

[91] Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

[92] kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[93] Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

[94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

[95] Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

[96] Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.

[97] Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

[98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
Asal turunnya wahyu di atas ini adalah untuk menjawab persoalan yang diberikan oleh seorang Yahudi kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk membuktikan kenabiannya. Dalam ayat di atas juga, diceritakan Iskandar Zulkarnain membina tembok besar yang mengepung Yakjuj dan Makjuj dan Yakjuj dan Makjuj tidak dapat membuka mahupun menebuk tembok tersebut tanpa persetujuan Allah s.w.t. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa tembok besi ini kononnya pernah ditemui oleh seorang pengembara China pada kurun ke-7 Masihi. Pengembara yang bernama Hiouen Tsiang menjumpai tembok itu ketika dalam perjalanannya ke India. Beliau hanya menemui dua daun pintu yang diperbuat daripada besi dan digantung dengan loceng-loceng.

Sebenarnya pada masa sekarang, tembok besi yang juga dikenali sebagai Tembok Zulkarnain telah dipersetujui ditemui oleh para sejarawan Islam. Namun begitu, tembok besi itu bukanlah secara terus dijumpai, tetapi tembok itu dilitupi oleh tanah-tanah yang berlapis-lapis. Kawasan yang dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia, selatan Rusia, iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah Greater Caucasus Mountains), iaitu di kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Terek. (Ambil di sini)


Barat Greater Caucasus, pinggir timur laut Ingushetia dan Chechenya.

Walau di mana juga lokasi sekalipun, suatu hari nanti Yakjuj dan Makjuj akan keluar dari perut Bumi juga, bukan sahaja dari Tembok Zulkarnain, malah dari seluruh dunia. Wallahualam.


Dariel Pass.

Sumber artikel :
Kisah Tokoh Islam : Iskandar Zulkarnain Penakluk Agung
Iskandar Zulkarnain penakluk agung
Kajian: Benarkah Tembok Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui?
ALEXANDER vs Iskandar Zulkarnain
Previous
Next Post »
13 Komen
avatar

wow!
tq for posting this.
ko telah mengetuk pintu minda aku~..haha~..

Balas
avatar

akhernya paham jugak ak psl iskandar zulkarnain
tp kene tengok gak oasis

Balas
avatar

info yang bermanfaat. bagus2~ thx nasri!

Balas
avatar

propaganda Barat ada jgk kan..

Balas
avatar

Muhammad Nazeef > ketuk skit2 je..haha

Balas
avatar

cik kedondong > klau nk ikutkan ni skit je maklumat ak dpt..tgk oasis la bru phm lbih skit

Balas
avatar

Nazra > haha..mcm bese la ble ada je org lain yg maju mlelah dorg anggap yg org itu org barat..

Balas
avatar

juz nk share.. sy pon tgh mencari informasi ttg Zulkarnain.. kalau saudara berminat utk tau lebih mendalam tentang Zulkarnain, sy cadangkan saudara baca buku "Yakjuj & Makjuj Bencana di Sebalik Gunung" tulisan Muhammad Alexander.. agak detail pengupasannya..

Balas
avatar

Kaum Yakjuj dan Makjuj adalah kaum yg suka membuat kerosakan di muka bumi. Orang2 yg ditolong oleh Iskandar Zulkarnain untuk membina tembok pemisah adalah kaum yg berada di antara 2 gunung yg hampir2 tidak memahami perkataan. Siapakah kaum yg digelar yakjuj makjuj yg suka membuat kerosakan itu dan siapa pula kaum yang ditolong oleh Iskandar Zulkarnain? Saya nak lebih lagi info. Tq.

Balas
avatar

To Muhadah:
Bagi mengenal yakjuj Makjuj, Zulkarnain, tembok pemisah, kaum di antara dua gunung yg hampir tdk memahami perkataan, sila baca buku tajuknye
"ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN: Pembebas Barat & Timur, Pembina Tembok Yakjuj & Makjuj" author Muhammad Alexander.
semua soalan anda di atas, sudah terjawab dalam buu tu, sila tengok:
http://pts.com.my/index.php/buku/alexander-adalah-zulqarnain/

Balas
avatar

Dalam buku "Alexander adalah Zulqarnain" dikata bahwa Yakjuj & Makjuj adalah dua bangsa keturunan Yafist bin Nuh yang tinggal di sebelah utara rangkaian pergunungan, mereka adalah dua bangsa nomad barbar Scythia, iaitu: Scythian Asiatik/Mongollia (Yakjuj) dan Scythian Eropa (Makjuj).
Dalam buku itu dijelaskan lokasi daerah diantara dua gunung (bainassadaini) yaitu lembah Fergana di Asia Central, Lembah Fergana ini terletak di antara pergunungan Tien Shan dan Pamir. anlisis linguistik "fergana" berasal dari bahasa Greek (bahasanya Alexander the Great), iaitu: Fara A-Gno, fara=puak/kaum/bangsa; A=tidak; Gno = Know = tahu/paham/mengerti, jadi "fergana" adalah kaum yang tidak dikenal, kaum asing. kaum inilah yng di al Qur'an disebut "kaum yang hampir tidak memahami perkataan". Fergana terdiri dari konsonan F-R-G-N, sama dgn dalam bhs Inggris "Foreign" (kaum asing).
dalam bk tu juga ada image lokasi tembok yang dibina Alexander ZulQarnain. masih bnyak lagi misteri yang telah dibongkar dalam buku itu, yg berjaya menemukan bahwa Zulqarnain Quranic adalah Alexnader the Great (356-323 SM). seorng raja muda yang beriman kepada Allah SWT, dan bukan seorang pagan kafir sebagaimana dituduhkan orang selama ini. berjaya membebaskan Barat (Mesir) dan Timur (Kandahar, afghanistan).

Balas
avatar

bagus info ni

Balas