
Kali ini kita akan menjelajah di bandar metropolis iaitu Hillcity. Hillcity merupakan sebuah negara yang besar, mempunyai banyak highway yang berselirat macam di Kuala Lumpur, beberapa rangkaian landasan kereta api bawah tanah serta pembangunan yang sangat pesat.

Di atas ni merupakan sebahagian daripada projek pembangunan bandar teknologi di Hillcity yang diberi nama Technopolis. Highway yang menghala ke utara tu merupakan highway direct dari Technopolis ke pusat bandar Hillcity, memudahkan penduduk untuk pergi ke pusat bandar dengan cepat tanpa meredah lampu trafik yang sangat banyak. :P


Ada juga 2 bijik penjara seperti dalam gambar di atas. Tapi tak banyak banduan sebab bandar Hillcity ni penuh dengan polis jadi penjahat tak berani membuat onar. Untuk memastikan penduduk selamat dari banduan dari penjara ini, aku letakkan penjara ni di tempat yang agak terbiar; dikelilingi dengan beberapa puluh pam air dan juga tempat pelupusan sampah.

Akhir sekali, sila saksikan bahagian perindustrian di atas ni. Hanya lori treler dan bas je yang banyak lalu di sini. Pencemaran yang sangat teruk sampai aku kena tanam banyak pokok untuk mengurangkan pencemaran. -_-"
Berkaitan Sim City 4
Sim City 4 - Kemajuan Pesat
Comments