June 21, 2009

Sim City 4 - Kemajuan Pesat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Secara jujurnya, aku tidak tahu mengapa aku semacam malas nak update blog. Aku tahu kesannya. Pengunjung akan rasa menyampah nak tengok blog aku kerana cerita yang sama sejak minggu lepas..haha. Aku pun tak tahu nak cerita apa lagi di blog ini. Tetapi aku tidak malas untuk menggunakan internet. Aku banyak menghabiskan masa di Facebook bermain game yang ada. Games yang ada di dalam Facebook adalah bapak banyak. Boleh muntah aku kalau nak main semua games yang ada. Sekarang aku memang banyak menghabiskan sisa masa aku dengan bermain games. Games yang ada dalam Facebook aku main dekat 5 games. Lepas tu, aku bermain Travian Malaysia di server 2 dan 4. Serta aku bermain game Sim City 4 yang baru diinstall..hehe.


Sim City 4 untuk PC

Cerita pasal Sim City 4 pula, aku sudah lama bermain games ni tetapi disebabkan aku format laptop aku, maka hilanglah semua data termasuklah games ni. Aku ada juga game Sim City Societies tetapi laptop aku terlalu berat untuk memproses game ini..hehe. Aku ada juga expansion pack untuk Sim City 4 iaitu Sim City 4 : Rush Hour tetapi aku belum cuba lagi kerana hard disk dalam laptop aku dah nak penuh..haha.


Zon kilang. Berlakunya pencemaran.

Aku memang suka dengan games sebegini kerana memang aku dah suka sejak termainnya game Sim City 2000 di dalam Playstation..hehe. Mari tengok kemajuan salah satu daripada bandar yang aku sudah bangunkan. Aku namakan bandar ini sebagai Electricity..hehe


Bangunan yang tinggi tu kondominium mewah. Ada highway di situ.


Benda yang bulat itu adalah stesen janakuasa solar. Tapi sudah malam.


Bangunan yang atap melengkung itu adalah pusat konvensyen.

P.S : Salah satu mode dalam Sim City 4, kita boleh ambil gambar dan jadikan ia sebagai photo album..hehe

Comments

bez2....
nak curi....hihi
Sunday, June 21, 2009
norlina mohd rasid > nk curi pe? hehe
Sunday, June 21, 2009
haha..aku xde facebook pun...pdhal budak komputer...ari2 ngadap komputer...jawapannye ialah,,MALAS...cukupla aku dh de friendster saje...
Sunday, June 21, 2009
DilOt > tmbh 1 lg..ko ada blog..haha
Sunday, June 21, 2009
http://world.jiwang.net <-- try game ni plak.. yang perlu pc ngan internet aje.. layankan..
Sunday, June 21, 2009
eiman@nurizan > wahh..mcm menarik je..tp bru 39 org je dftr..hehe
Sunday, June 21, 2009
↑