Google banyak aplikasiSebenarnya, banyak lagi kegunaan Google Search. Secara asasnya, mungkin kamu hanya menaip sesuatu keyword di kotak kosong lalu ditekan enter dan keluarlah beribu mungkin berjuta keputusan pencarian tersebut. Apa yang lebih menghampakan ialah maklumat yang kamu ingin cari tidak berjumpa. Lalu dicuba dan dicuba keyword yang lain sehinggalah berjumpa dengan maklumat tersebut. Itu hanyalah asas. Banyak lagi kegunaannya. Mari kita lihat.
- site:www.example.com Senarai kesemua pautan yang berada di bawah www.example.com. Cara taip - site:[url web]
- info:www.example.com Maklumat laman web www.example.com dari Google. Cara taip - info:[url web]. Berguna jika kamu letak meta tag seperti yang aku cerita sebelum ni.
- link:www.example.com Senarai laman web lain yang ada pautan/link kepada www.example.com. Cara taip - link:[url web]
- cache:www.example.com Cache yang telah disimpan oleh Google. Ia akan menunjukkan gambar laman web itu. Cara taip - cache:[url web]
- related:www.example.com Senarai laman web yang mungkin sama dengan laman web yang dicari. Bagi aku, ia lain..haha
- define:phrase Boleh tahu maksud sesuatu perkataan itu. Phrase boleh ditukar dengan apa-apa perkataan saja asalkan ianya perkataan English..hehe. Cara taip - define:[perkataan english]
- apple * sauce Carian akan memaparkan kandungan yang ada perkataan apple dan sauce yang dipisahkan dengan hanya 1 perkataan. Berguna bagi mereka yang lupa sesuatu ayat..hehe. Cara taip - [perkataan 1] * [perkataan 2]
- Nokia phone $100...300 Carian akan memaparkan kandungan yang ada menjual handphone nokia dalam lingkungan harga 100 hingga 300. Aku tidak berapa pasti ianya berkesan atau tak bagi handphone di Malaysia. Tetapi, kamu boleh cuba..hehe. Cara taip - [nama handphone] $[harga yang paling rendah]...[harga yang paling tinggi].
Ini baru sedikit. Belum lagi kotak carian Google itu digunakan untuk mengira matematik serta mencari kod barang yang dipos. Ia juga boleh digunakan untuk mencari nombor paten bagi sesuatu produk yang telah dipatenkan. Kotak Google juga boleh digunakan seperti yang ada di blog aku. Boleh cuba..hehe. Memang banyak sekali tetapi bagi aku, mungkin senarai di atas berguna bagi kamu yang ingin mencari maklumat. Segalanya di hujung jari jemari anda..haha.
Comments