Melayu Boleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Diharapkan semua pembaca tidak kira pengomen tegar, pembaca biasa mahupun pembaca senyap sihat-sihat belaka..hehe. Sekarang aku memang jarang sekali menerbitkan entry baru kerana aku hanya duduk di rumah saja. Aku tidak kemana-mana atau pergi ke mana-mana aktiviti yang boleh merangsang aku untuk meletakkannya di dalam blog. Entry aku yang lepas memang mendapat sambutan hangat..hehe. Sejujurnya itulah antara research yang aku buat selama blog aku ini berada di Internet. Aku memang tidak tahu pun akan kewujudan banyak blog terutamanya yang menumpang di dalam domain .blogspot..hehe. Selepas blog ini wujud, barulah aku sedar yang blog merupakan trend terbaru para remaja khususnya menghabiskan sisa masa yang ada. Daripada menghabiskan masa terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat, lebih baik kita update blog..hehe.

Google di television..hehe. Sumber : We Blog Cartoons


Itu intro. Tiada kaitan dengan tajuk entry..hehe. Sebenarnya entry ini bukanlah entry fakta tetapi lebih kepada tutorial. Kenapa aku buat tutorial pula? Jawapannya ialah kamu buka laman web Google dan search di situ dengan keyword melayu boleh, melayu atau awek melayu atau perempuan melayu. Mungkin ada yang terkejut atau mungkin ada yang sudah lama tahu. Ada juga yang pernah tahu akan kewujudan portal Melayu Boleh yang suatu ketika dahulu menggegarkan pelajar-pelajar di sekolah asrama..hehe. Jadi, disebabkan blog merupakan trend terbaru apa kata kalau kita cuba ubah pendirian Google ini dengan benda-benda positif. Kamu boleh lakukan di blog kamu. Ia juga boleh menyebabkan blog kamu lebih popular kerana hits yang tinggi akan datang hasil daripada carian di Google..hehe.

Google biasanya akan menggunakan robotnya yang dipanggil "bots" untuk pergi ke laman web dan mencari data mengenai laman web tersebut. Langkah pertama yang akan dibuat ialah bots ini akan mencari "meta tag". Ada banyak jenis meta tag yang digunakan. Tetapi kebiasaannya hanya 2 sahaja yang paling dikehendaki dan tag inilah yang akan kita pelajari..hehe


Description

Tag ini akan memberitahu bots sedikit perihal mengenai laman web berkenaan. Tetapi kita boleh letak apa sahaja ayat yang kita suka. Contoh di blog aku ni. Kamu boleh search dengan keyword "Mohd Nasri Md. Nasir" dan lihat apa yang ditulis di bawah link ke blog ini. Mesti kamu akan lihat dengan ayat ini "Blogging by Mohd Nasri Md. Nasir. Anything about me and my friends. Also the events that I had entered during my study in UTeM." Padahal ayat ini kamu tidak akan jumpa di dalam blog ini..hehe. Untuk meletakkan tag ini, klik ke bahagian layout dan klik Edit HTML, kemudian masukkan kod ini,



Tukarkan perkataan Testing dengan apa sahaja ayat yang kamu suka tanda " dengan tanda ' dan perkataan metal kepada meta. Biasanya Google akan mengambil masa sehari untuk menukar ayat yang kamu buat itu ke dalam cariannya.


Keywords

Ok, ini adalah part yang paling penting sekali. Tag ini akan memberitahu Google keywords apakah yang boleh membuatkan laman web itu keluar di dalam pencarian Google. So, di sinilah kita cuba membuat transformasi keyword melayu yang selalunya disalah guna oleh mereka yang bernafsu..hehe. Boleh tambah kod ini,



Macam biasa, tukarkan tanda " dengan tanda ' dan perkatan metal kepada meta. Kamu boleh nampak di situ yang aku sudah meletak keywords itu supaya nanti bots Google boleh mengesan blog kamu apabila keywords itu dicari. Kamu boleh tambah keyword lain asalkan keywords itu bersesuaian dengan blog kamu.


Cara Penggunaan

Untuk penggunaan yang lebih berkesan, kamu boleh set blog kamu supaya Google boleh meneroka blog kamu. Caranya ialah pergi ke Setting, di bahagian basic itu kamu akan jumpa dengan "Add your blog to our listings?" dan "Let search engines find your blog?" tandakan yes di situ kemudian save settings. Kemudian, pergi kembali ke Edit HTML dan cari kod berikut.



Headi itu sebenarnya head. Tampalkan kod meta tag itu di bawah kod tersebut.


Sekian sahaja dari aku..hehe. Boleh hantar komen jika tidak faham..hehe

P.S : Blogger anti-meta. Aku tak boleh tulis meta dalam kod itu..haha
P.S.S : Blogger anti-head. Aku tak boleh tulis head dalam kod itu..haha
Previous
Next Post »
10 Komen
avatar

keyword melayu boleh tu..mcm keyword tutttt je...hakhakhak...

xpe2 aku paham..kurg masalah ko nnt...hehe...

Balas
avatar

cyg..reen x phm n xmo phm..hehe..kamo0 kn ade..mls r nk blaja..weee^^ (terok gle)..haha

Balas
avatar

cipan Nasri...duk umah LAYAN!!!...

Balas
avatar

DilOt > keyword yg tuuuttt la kne brsihkn ni..hahaha

Balas
avatar

^^ PinKy_FuNKy ~~ > nnti nas aja..hehe

Balas
avatar

Eazy Izzuddin > cmtu la..hehe ssah skit nk phm..kne bce btul2..hehe

Balas
avatar

AjemiPutraNobita > lyn blue..hahaha

Balas