Sempat lagi posing padahal time tu sedang berkejar-kejaran.
Bila tengok ayam-ayam tersebut, terasa aman je. Kehidupan di kampung yang tenang dan tidak bising dengan bunyi kenderaan. Orang menjerit aku rasa lebih 10km boleh didengar..haha. Ha, cerita pasal musim durian dan rambutan pula, semestinya aku tidak melepaskan peluang memungut buah-buah itu. Dalam perjalanan pulang ke kampung pun, aku lihat pokok rambutan di tepi jalan berseri-seri dengan buah rambutan yang berwarna merah dan kuning itu. Memang banyak rambutan yang telah dipungut oleh aku dan mak aku..haha.
Rambutan merah. Berseri-seri aku memetiknya.
Durian pula, nasib tidak menyebelahi kerana durian yang ada di situ hanya kecik saja. Kebanyakkan durian yang ok semua telah dijual. Tidak mengapalah, kebas saja apa yang ada (bak kata abah aku). Ada dekat 9 biji durian yang telah dikebas..haha.
Durian yang montel.
Misi memungut buah diteruskan lagi. Kali ini, misi mengait buah kelapa muda untuk diminum. Maklumlah, sekarang kan musim panas. Panas yang teramat sangat sehingga boleh membuatkan kita demam panas. Bila minum air kelapa muda, ianya boleh memberikan kita tenaga untuk terus hidup dalam keadaan panas..hehe. Kelapa tua juga diangkut balik untuk dijadikan bahan untuk masak seperti kari dan masak lemak..hehe
Kelapa muda dan tua. Muda sedap, tua tak sedap..hehe
Pukul 6 petang, family aku pulang ke rumah dengan gembiranya kerana dapat banyak buah-buahan. Tetapi, singgah di pasar malam kejap untuk membeli makanan..hehe.
Comments
hehe
wess
ajo ku camne nak buat blog camni
lawa pamplate
lebih 10km boleh didengar....mak aiii..kuatnye jerit....
salam ziarah..a
wk ad twitter ker??
follow laa sya yer..
amek link twitter sya kat post yg tjuk my twitter,,
;))
g kt sni Blogger Template utk bnyk template menarik..
tp prlukan asas utk edit template skit2 gk..hehe
tu hnya imaginasi yg menunjukkan bahawa suasana di kmpung itu snyap..
spe la nk jerit2..hehe