Pasar Malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini masuknya 3 Jun 2009, maka entry ini kali pertama dipos pada bulan Jun..haha. Saja aku tak update blog selama 2 hari kerana aku suka mengomen di blog orang. Lagipun dalam masa 2 hari lepas aku banyak meluangkan masa di Facebook kerana pertama kali aku daftar di Facebook. Jadi, aku tidak berapa faham dengan suasana di Facebook. Setelah ditunjuk ajar oleh sifuku, maka aku bolehlah berdikari sendiri menambah kawan-kawan aku yang "hilang"..haha. Sesiapa yang ada Facebook bolehlah mengambil aku sebagai kawan kamu..hehe.

Pengguna Facebook. Sumber : We Blog Cartoons


Hari pertama bulan Jun, aku ikut mak aku pergi hantar adik aku balik matrik. Lepas itu, singgah di pasar malam di Ayer Keroh. Suasananya macam kau berada di luar negara. Terlalu asing bagi kau..haha. Kalau ikut nisbahnya, rakyat Malaysia di pasar malam dalam 40% (termasuk penjual) manakala warga asing 60%. Pasar malam itu macam mereka punya. Mereka boleh berbuat apa sahaja. Mahu melepak, berbaring, berpicnic, semua mereka buat. Perokok tegar tu lagi la. Hisap rokok lepas tu hembus asap yang banyak. Muka orang pun dia hembus juga.

Nasib baik tangan aku berbalut lagi. Kalau tak, mahu saja aku ambil gambarnya dan tampal di sini..haha. Jom tengok gambar pulak..hehe

Abaikan amoi tu..haha


Orang sedang membeli belah


Beraneka jenis kasut buatan tempatan..haha


Ikan bilis berbagai saiz dan rasa..haha


Selonggok manusia berbangsa asing di situ


P.S. : Mereka yang ditag, sudah jawab ke belum? hahaha

21 komen:

Jard The Great said...

aku dah ok.. lalala..

helena's said...

tag tu ape??tatau pun..ekekee

bukan pasa malam dah tu,,pasa asing!haha

waalaikumsalam!

Mohd Nasri Md. Nasir said...

Jard The Great > haha..bgus..

Mohd Nasri Md. Nasir said...

helena's > tag tu kje umah..haha haah tu dh nme pasa asing..bngge dpt rse dok luar negara..haha

Jard The Great said...

aku dah ok.. lalala..

tokder said...

ni pasar malam di mana?

joegrimjow said...

datang ke klantan

^^ PinKy_FuNKy ~~ said...

jom dtg klate..klate best2..wee^^

Mohd Nasri Md. Nasir said...

tokder > dh tulis dh kt entry..hehe

Mohd Nasri Md. Nasir said...

joegrimjow > dh dtg dh..hehe

Mohd Nasri Md. Nasir said...

^^ PinKy_FuNKy ~~ > nk g jb la..hehe

ije said...

baru isnin lepas pergi pasar malam. tapi g siang. uhu

DilOt said...

tag...haha...lom lg..

nasib baik ko xjadi org asing..

po+yaty said...

kite pon xde FB

best ke??

eh eh dari planet mana x tau FB neh ye

HEHE

Lily said...

smlm kte g psr mlm kat kg. tun razak area bkt katil,
pastu terjmpe dgn classmate form 3 yg kte minat dlu,
mmg..wow!
da 5 tahun x jmpe~

Muhammad Nazeef said...

add fb aku..hehe~

copypaste12@gmail.com

pasar malam ni lebeh kurang sama kat seri iskandar perak...rindu plak

Mohd Nasri Md. Nasir said...

ije > tu nmenye pasar siang..hehe

Mohd Nasri Md. Nasir said...

DilOt > aku jd org asing sbb xbese kt situ..sbb rmai org asing..hahaha

Mohd Nasri Md. Nasir said...

po+yaty > xtau la best ke x..haha

Mohd Nasri Md. Nasir said...

Lily > WOW! trngorat blk ke? hehe kamu duduk melaka gk ke? ish2..

Mohd Nasri Md. Nasir said...

Muhammad Nazeef > aku dh add ko..hehe err kt selangor ada psr mlm? hehe

Post a Comment

- Marilah menghantar komen di blog ini
- Dijamin komen akan dibalas oleh pemilik blog ini
- Dijamin puas hati
- Dijamin akan mendapat pulangan yang lumayan
- Ish, apa aku merepek ni?
- Sila klik pada post comment sekali lagi jika komen tidak boleh dihantar