Disebabkan mak aku nak cepat, jadi mak aku tidak menyediakan sarapan pagi. Aku yang sedang lelap tidur dikejutkan oleh mak aku.
Mak nak cepat ni. Mak xbuat sarapan. Gi beli nasi lemak 2 bungkusAyat yang membuatkan aku lemah sebab aku malas nak buat sarapan apatah lagi nak pergi ke kedai makanan untuk membeli nasi lemak..haha. Selepas mak aku pergi, aku pun memerah otak pikir nak masak apa untuk sarapan pagi ini. Akhirnya aku terjumpa benda ini di dalam periuk
Memang menarik sebab sambal udang juga merupakan lauk kegemaranku..haha. Paling menarik bila aku jumpa benda ini di dalam almari.
Aku pun membuka peti sejuk dan terjumpa benda bulat ini. Sedap jika dimasukkan bersama..haha
Aku ambil 2 biji telur dan dimasukkan ke dalam kari berapi yang tidak berapi itu. Sesudah 5 minit, akhirnya siaplah sarapan pagi aku..hehe
Walaupun ada kuah, aku tetap sediakan air untuk sarapan pagi. Nikmatilah air teh o..haha
Akhir sekali, aku pun makanlah dengan rasa gembiranya sebab tidak perlu untuk pergi ke kedai dan dapat menjimatkan duit..hehe
Comments