Shopping di Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku..hehe. Dah lama aku tak buat intro begini. Dulu waktu aku mula-mula berblog, inilah intro yang selalu aku letak. Ish..ish jahatkan aku. Intro dah la baik, patutnya benda baik kenalah selalu buat..hehe. Ok, kita berbalik kepada target asal. Hari ini merupakan hari yang paling orang Cina suka sebab Tahun Baru Cina. Mereka juga seperti orang lain yang menyambut hari perayaan. Ada ang pow, salam-salam, bagi buah limau. Sembahyang tu aku tak tahu la ada ke tak..hehe. Aku ada bertanya juga pada kawan Cina aku, kenapa mesti buah limau. Mereka jawab dengan muka selamba dan konfidennya bahawa buah limau ada "ong" maa. Aku percayalah sebab mereka membuat muka konfiden tahap gaban yang melampau-lampau..haha. Pasal angpow pula, hanya mereka yang sudah berkahwin sahaja wajib memberi angpow kepada mereka yang belum berkahwin. Aku pun tak tahu apa sebab. Lupa nak tanya..haha.

Ok, hari ini juga aku keluar ke bandar bersama mak aku untuk membeli barang keperluan. Mulanya mak aku ingin pergi ke Tesco, tetapi aku menyatakan bahawa Tesco merupakan sumber Israel dan patut memboikotnya. Mak aku membuat gaya terkejut lalu pergi sahaja ke Mydin..hehe


Laluan yang amat sempit ditambah pula pekerja yang buat-buat tak tahu.

Sampai sahaja di Mydin, mak aku pun memulakan operasi mencari barang keperluan. Macam-macam barang yang mak aku angkut. Aku hanya ikut sahaja sambil menolak troli. Sampai sahaja di bahagian cawan, tiba-tiba ada cawan jatuh dan pecah. Aku dah la dekat dengan tempat kejadian. Pegawai di situ datang dan dengan muka konfiden gila aku cakap yang barang tu dah nak jatuh dah..haha. Nasib baik aku berjaya membuktikan kata-kata aku dengan menunjukkan beberapa cawan lagi tunggu masa nak jatuh..haha (Sori gambar tak sempat ambil sebab ramai sangat orang di situ..hehe). Tapi kalau nak ikutkan, barang-barang di situ memang senang jatuh sebab laluannya amat sempit.

Dipendekkan cerita, barang-barang sudah banyak mak ambil. Last-last, keluar statement ini :
"Kat sini mahal la. Kat tesco murah je. Gi tesco jela. Dah2, tinggalkan je troli tu kat sini. Nanti biar orang kemas balik"
Haha, aku tidak mampu melawan kata-kata mak aku. Aku hanya ikut sahaja kehendak mak aku. Misi untuk memboikot tidak berjaya..hehe. Barang-barang yang sudah penuh di dalam troli itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa rasa bersalah..haha.


Tesco Melaka. Di luar tiada orang. Di dalam penuh orang.

Sampai di Tesco, mak aku pun memulakan misi mencari barang keperluan. Warning dari aku : Jangan beli barang keluaran Tesco (misi memboikot). Walaupun hari ini Tahun Baru Cina, orang sentiasa memenuhi Tesco. Macam tiada apa-apa yang berlaku..haha. Orang Cina pun membeli belah juga..haha.

Tengok gambar tu. Sampai kena beratur sebab nak dapatkan harga untuk barang timbang. Nasib baik mereka tidak perasan aku sedang mengambil gambar..haha. Mereka sedang khusyuk menunggu giliran mereka sehinggakan tidak perasan aku sedang mengambil gambar mereka..hehe. Sementara aku menunggu mak aku mendapatkan harga barang, aku terpandanglah mereka ini,


Sebuah keluarga bahagia.

Mereka adalah sebuah keluarga bahagia. Baju yang mereka pakai pun sepasang saja. Bukan calang-calang baju tu, baju Manchester United woo..haha. Nak tercabut kaki aku ikut mak aku ni..last2 singgah jap di medan selera untuk menjamu selera..hehe. Aku makan nasi campur saja.


Nasi putih + kari ayam + sambal + ayam goreng + sayur = RM4.50.

Boleh tahan mahal lah harga. Tapi aku terpaksa juga mengorder oleh kerana tiada lagi gerai yang menjual nasi campur. Mak aku lagi special. Laksa penang dengan air batu campur a.k.a ABC..haha. Akhir sekali, aku dan mak aku pun pulanglah ke rumah dengan gembiranya kerana telah membeli barang keperluan dan dengan penatnya kerana pergi ke 2 tempat shopping dan dengan kenyangnya kerana telah makan di medan selera Tesco..hehe

P.S : Mulai entry ini, entry-entry selepas ini mungkin mempunyai banyak gambar..haha
Previous
Next Post »
8 Komen
avatar

haha. misi memboikot tak berjaya. =P

ABC tu sure best. *mengidam. adeh la. apehal la ije ni kuat sgt nafsu makan. isk

Balas
avatar

goasop > haah, xberjaya..haha..ABC tu mmg sedap tp xbeli pun, pau mak je..haha

Balas
avatar

wahai encik nas yg rajen upload gambar makan. huhuuu. tak kesian ker kat sy yg dah kecur kalau jengok blog encik nas ni. mmg aku bls dendam makan balik mlys ni!

Balas
avatar

Ummu Solehah Muhammad > haah kn, sejak akhir2 ni ske beno upload gmbar mknan..haha. Takpela, blk malaysia mkn bnyk2..hehe

Balas
avatar

salam...

Bersabar itu sifat yang mulia..

Balas
avatar

Ibnurashidi > sabar mmg sifat yg mulia..tp gnekan dgn sebaik-baiknya...

Balas
avatar

wei...nih msti bli hanset baru\
xpom bli kmera dgital nh...ak pham...ak pham...hahahhahaa

Balas
avatar

en. ayyie > ntam r..ni adk ak pny enset..1st gaji dia bli henset..ak pnjam la..hahaha

Balas