
utem seramApa kejadahlah aku nak cerita pasal utem seram ni??? Aku dah la baru 2 tahun belajar di UTeM. Aku bukan tahu apa-apa pun pasal cerita-cerita pelik di UTeM tu. Maklumlah, kampus tempat lain, hostel tempat lain. Kalau macam u lain mungkin adalah cerita pelik-pelik sebab kampus dengan hostel 1 tempat. Tapi satu je aku tahu pasal cerita pelik di UTeM. Pelajar-pelajar tidak boleh lepak di kampus tetap UTeM (tempat fakulti aku..haha) selepas jam 8 malam. Sebab? Kampus tetap UTeM dikelilingi oleh hutan pokok kelapa sawit dan getah ditambah pula kedudukannya yang memang tiada orang lalu lalang. Dengar cerita bahaya gak lalu dalam hutan kelapa sawit ni. Aku dengar cerita ni pun dari seorang pensyarah di fakulti aku..hehe. Tapi kan, keywords inilah yang menyebabkan blog aku muncul di dalam keputusan pencarian Google dengan entry aku yang bertajuk "Jamuan Hari Raya UTeM 2008".
komen lucah di friendster
ha keywords ini mungkin boleh diterima lagi kot sebab aku pernah buat entry pasal komen lucah yang sedang berleluasa di Friendster. Sampai aku sendiri takut nak log in sejak entry itu dipublish ke Internet sampailah sekarang aku belum log in lagi..hehe. Sebab lepas aku publish entry itu, aku pun bukalah Friendster. Mula-mula ok la sebab dia terus log in sebab aku belum klik log out lagi. Aku pun ushalah profile orang..hehe. Klik profile orang lepas itu pergi ke profile orang lain dan pergi ke profile orang lain lepas itu..???? Aku terus di bawa ke page log out. Ayat dia lebih kurang macam inilah "You have sign out". Ha, tak ke aku terasa macam pelik je? Aku pun diingatkanlah dengan entry yang baru aku publish tu. Aku ingat virus itu yang mengancam aku..haha. Aku pun scanlah virus dengan antivirus NOD32 aku..hehe. Lepas itu, aku guna Hijack This nak tengok kalau-kalau ada registry pelik-pelik. Takde. Walaupun takde, sejak hari itu sampai sekarang aku belum sign ini Friendster lagi. Jadi kepada sesiapa yang menghantar komen di Friendster aku, aku belum approve lagi sebab aku belum sign in lagi..hehe.
cara-cara nak masukkan lagu ke friendster.com
Aku ada cerita gak pasal Friendster tapi tak sangkalah aku keluar keywords ni..haha. Aku pun pelik juga, kenapa ada orang search pasal benda alah ini..haha. Mungkin tidak tahu kot. Ok la, alang-alang tajuk dah macam itu, aku ajarlah bagaimana hendak memasukkan lagu di dalam Friendster. Mula-mula log in ke dalam akaun Friendster lepas itu pergi ke customized pe tah, customized page kot. Cari kotak yang tajuk dia "Add media" kot. Lepas itu biarkan Friendster itu, buka satu tab baru sebab kita akan mencari lagu yang best..hehe. Carilah laman web yang menawarkan lagu-lagu untuk ditambah contohnya imeem ke. Lepas itu searchlah lagu-lagu yang best. Dah search itu, copy kod yang dia bagi lepas itu paste ke dalam "add media" tadi tu. Lepas itu boleh preview, kalau jadi save. Kalau tak jadi, aku tak dapat membantu..haha.
Banyak lagi keywords yang menyebabkan blog aku muncul di dalam Google tapi bagi aku takdelah pelik macam keywords ini. Bagi aku peliklah..haha.
Comments
mkn mlm utem tu ade kat ne? pas kul8? ok ke?
xpn kt hotel..haha
nak cari buku nutrition
haha
haha
^_^