Jamuan Hari Raya UTeM 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku. Di malam yang sejuk lagi dingin serta berkilauan bintang-bintang dan disedapkan dengan bunyi yang seram kalau sesiapa yang tengok blog aku di kubur, maka aku ingin menceritakan mengenai suasana hari raya di universiti yang penuh dengan mesin-mesin serta alatan elektronik iaitu UTeM. Jamuan ini telah diadakan pada 15hb Oktober 2008 bertempat di kampus industri UTeM (bdk2 ni pggl cubic je). Aku tak tahu benda alah ini bermula pada pukul berapa kerana bila aku tiba sahaja di sana, aku terdengar suara orang bercakap-cakap di mikrofon yang diperkuatkan lagi dengan pembesar suara.

Banyak juga gerai yang menyediakan juadah hari raya seperti kuih-muih, rendang, ketupat, air yang beraneka warna serta sate. Ye sate, memang tidak akan aku lepaskan kerana sate merupakan makanan yang jarang sekali aku dapat makan dengan percuma. Aku bersama kawan-kawanku berjalan menuju tempat perhentian bas sambil memandang sahaja makanan-makanan yang ada di situ seperti harimau ingin menerkam mangsanya (ngaaummm!!!).

Satay yang amat sodap

Tenungan-tenungan yang amat tajam daripada semua pelajar di situ membuatkan ramai berasa takut. Kemudian, aku dan kawan-kawanku masuk ke bangunan akademik. Aku teruja. Aku berasa kagum dengan suasana di cubic. Setiap kumpulan pelajar perempuan yang masuk keluar dari bangunan akademik mesti ada yang cun (wauuu!!).

Jiji : kecomelan
Jojo : kecantikkan
Jiji : ke..ke..ke keayuan
Jojo : kematangan
Jiji : kesesalan kerana masuk fkekk

Walaupun permandangan amat menarik, tetapi aku dan kawan-kawan terpaksa meninggalkan kerana aku ternampak 1 lagi permandangan yang lagi menarik. Makanan percuma. Aku dengan muka berseri-serinya mencuba kesemua hidangan yang ada. Tidak kira sedap atau tidak. Walaupun nasi tomato telah habis, sambal ayam juga aku tibai.

Apdal : wei fox, aku jumpa D*** ko
Fox : ntam r ko..aku ngh tggu burger free ni maa
Apdal : elele malu-malu plak..ko ptut bwk dia jln maa
Fox : ntam r..burger free maa
Apdal : wei amik kn aku 1 maa..

Semasa aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar orang menyanyikan lagu. Bak kata orang tua-tua, bila orang nyanyi tak sedap, hujan akan turun dengan lebatnya. Memang waktu itu hujan telah turun dengan lebatnya. Aku menunggu dan tetap menunggu sehingga orang itu selesai menyanyikan lagunya yang tuutttt. Setelah itu, aku pun pulang dengan gembiranya kerana berjaya menghabiskan makanan percuma yang telah disediakan.
Previous
Next Post »
0 Komen