
Mahu otak?
Kenduri kahwin
Sabtu dengan ahad lepas, rumah sedara aku ada buat kenduri kahwin. Jadi, sepupu aku sudah selamat diikat dengan isteri pilihannya..hehe. Tetapi aku tidak pergi kerana aku duduk di rumah menjaga ayahku yang sakit. Yang pergi menolong memasak, mengemas dan apa-apa sahajalah ialah mak aku. Aku memang tahulah kenduri kahwin pada hari tersebut mesti meriah ditambah pula hari itu hari cuti dan hari minggu. Jadi ramailah yang datang makan, memberi ucap selamat, menghambur benda alah pe tu, aku pun tak tahu. Senang cerita, memang meriahlah kenduri kahwin tersebut.
Jadi, kepala otak aku ini memberi aku 1 persoalan. Kenapa mesti dihidangkan nasi minyak atau nasi briani? Wahhhhhh, sudah pandai kepala otak aku ini memberi aku soalan yang tak mampu aku jawab..haha. Lepas itu ditambah pula, kenapa tidak dihidangkan nasi goreng ke, nasi kerabu ke, nasi ayam ke, paling sedap kenapa tak dihidangkan kfc sahaja..hehe. Sedangkan kebanyakkan negara di luar apabila ada sahaja kenduri kahwin, mesti dihidangkan makanan yang tidak berat macam mee goreng, spagheti, ayam goreng, kuih. Siapa tahu kenapa mesti dihidangkan nasi minyak atau nasi briani? Angkat kepala..hehe.
Nasi minyak yang sodap.
Iklan di television
Sebenarnya aku jarang tengok tv. Kalau aku berada di depan tv pun, ini adalah kerana ada cerita menarik yang menarik perhatian aku. Aku paling suka tengok cerita kartun..hehe, cerita P. Ramlee yang lawak-lawak sahaja seperti Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Nasib Labu Labi, Do Re Mi dan yang seumpamanya. Paling menarik perhatian aku ialah apabila Manchester United beraksi di dalam bola sepak..hehe. Memang aku tidak akan melepaskan peluang untuk melihat Manchester United beraksi biarpun jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi, iaitu apabila Manchester United menewaskan Chelsea di dalam final UEFA Champions League.
Namun begitu, kepala otak aku ini bertanya 1 soalan kepada aku. Kenapa kebanyakkan iklan di tv menggunakan doktor sebagai promoter? haha. Lihat sahaja iklan seperti Anmum Essential, iklan berus gigi, malah iklan sabun mandi pun menggunakan doktor sebagai promoter. Menambahkan kekusutan aku, kepala otak aku menambah lagi. Adakah doktor itu doktor yang betul atau diiktiraf atau doktor berlakon sahaja? Aiyooooooo, manalah aku tahu. Aku bukan director yang mengarahkan iklan itu. Siapa tahu? Angkat dagu..haha

Minumlah susu kerana ia boleh menyihatkan badan.
Lepas itu, aku pun menyuruhlah kepala otak aku untuk rehat dan tidur..haha. Bila bangun pagi sahaja, semua persoalan malam tadi sudah hilang dan aku saja untuk recall balik supaya aku boleh post di sini..haha.
Comments
dh sume blog skg ni tnjuk gmbar makanan..
nk ltk gk..hahaha
(terpengaruh dgn iklan)
ingt dh tito..
upe2nye mengelamun ye cik abg..
hehe..
reen tawu npe skng sume iklan pki doc..
sbb thp kesihatan di negara kte mkin merosot..
doc tuh sebagai simbolik je..
so,,jgela kesihatan anda..
wee^^
spe leh kd doc pribadi nas? haha
so,sy balas ziarah kat cni la yea..
klau x nnti otak awk bg persoalan yg bnyk..
thanks ziarah..hehe
some tym mindset adalah bahaya sebab boleh terjadinya syirik tnp di sedari.
mindset (omputeh cakap)
adat (omelayu cakap)
:) i rase la. huhuu
elele..wat2 tny lak..
ngade~~~wee^^
haiz~
saje je tau dorg ni~
^^ PiNkY FunKy ~~ > spe doc peribadi nas? hehe
Lily > rseye sorg je kot iklan gne doc lelaki..iklan anmum tu..kn? haha