2008 FIFA Club World Cup™

22 Disember 2008, tamatlah sudah 2008 FIFA Club World Cup™ yang telah berlangsung di Jepun. Tahun depan, pertandingan ini akan bergerak ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan akan berlangsung di sana untuk 2 tahun sebelum berpindah semula ke Jepun. Dan kelab yang aku minat, Manchester United FC menjadi juara dunia, WORLD! Ha, bukan world mawi tu. World yang itu trademark sahaja, bukan betul pun dunia kenal dia. World yang Manchester United ini memang betullah world sebab kelab itu sekarang adalah juara dunia.

Tapi, sebelum Manchester United mendapatkan trofi ini, perlawanan final yang ramai menjangkakan Man Utd dapat menjaringkan banyak gol seperti perlawanan dengan Gamba Osaka semasa di semi final adalah terlalu competitive. Ya, maksud aku perlawanan kali ini dengan Liga de Quito menyaksikan 1 kad merah telah dihadiahkan kepada Nemanja Vidic kerana menyiku pihak lawan. Tinggallah 10 orang bermain dengan 11 orang. Memang susahlah nak jaring gol kalau tinggal 10 orang. Ketika baki perlawanan hanya tinggal 15 minit, dengan hanya 10 orang, Man Utd mampu menggegar jaring gol pihak lawan dengan passing yang amat cantik daripada Cristiano Ronaldo ke Wayne Rooney yang merembat masuk bola dari angle yang susah.

Cukup 1 gol, pada tahun 2008, Manchester United bergelar "Champions of England", "Champions of Europe" dan "Champions of the World". Lepas ini, rasa-rasanya ada tak "Champions of the Universe"? haha.

Final Standing 2008 FIFA Club World Cup™
  1. Manchester United FC (England)
  2. Liga de Quito (Ecuador)
  3. Gamba Osaka (Jepun)
  4. Pachuca CF (Mexico)
  5. Adelaide United FC (Australia)
  6. Al-Ahly (Egypt)
  7. Waitakere United (New Zealand)
Fakta sains mengenai 2008 FIFA Club World Cup™
Aku ni dah la tidak pernah pergi ke luar negara, jadi melalui pertandingan ini, aku dapat tahu beberapa benda yang boleh dikongsi
  • Rupa-rupanya, time zone memberi impak yang amat besar dalam mengekalkan kesihatan seorang manusia. Lihat saja beberapa kelab seperti Manchester United yang terlalu risau akan fitness semua pemain kerana tidak biasa dengan time zone yang baru.
  • Suasana juga mempengaruhi kesihatan seorang manusia. Seperti Manchester United, di negara England pada masa ini melalui musim sejuk. Namun begitu, di Jepun, suasana tidaklah sejuk seperti di England yang boleh mencecah sehingga 0 darjah celcius. Lihat sahaja Berbatov yang terkena virus akibat perubahan ini.
Champions of the World


Sumber gambar dari : 2008 FIFA Club World Cup™ Photo Gallery
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

xtau pape psal bola. tapi nk letak gak komen. =P

Balas
avatar

mmg world!

p/s: mmg best arr blog ni..macam2 ada!

Balas
avatar

haha..
mcm2 ado..
pe yg best sumbat je kt blog ni..hehe

Balas