Banyak juga benda yang dapat aku ingat pada hari tersebut walaupun test pada keesokkan harinya dibolehkan membawa toyol (jawapan) tetapi sorok-sorok..haha. Sesudah dapat memahami bagaimana hendak wiring dengan baik sekali, aku dan shafiee pun pulang dengan gembiranya kerana dapat juga input yang berguna. Tidak sia-sia pergi jauh-jauh..haha.
Piji sedang khusyuk menyiapkan kerja wiring pada hari Sabtu.
Esoknya, Ahad 12 April 2009, maka ia merupakan hari terakhir aku untuk kursus wiring ini. Juga merupakan ujian praktikal wiring aku. Maka dengan bermulanya pukul 9 pagi, bermulalah praktikal aku. Dengan berbekalkan air kosong yang disponsor oleh KTYAGA sendiri, aku pun melakukan kerja-kerja wiring tanpa henti selama 5 jam setengah. Mula-mula cool aku buat wiring, bila orang tu cakap je tinggal sejam lagi, terus aku kabut tanpa henti sebab banyak lagi yang tak siap. Penatnya tak perlu ceritalah. Habis basah baju aku. Muka aku merah-merah sebab batuk yang amat kuat kerana kekurangan air..haha. Habis tangan aku tercucuk dengan cutter. Habis darah-darah tangan aku (sikit je..hehe). Habis berselirat wayar-wayar..haha. Dah xde habis dah.
Mereka juga berjaya menyiapkan ujian praktikal wiring.
Tepat jam 2.32 petang, maka berhentilah kerja-kerja wiring aku. Nasib baik aku sempat siap, itu pun dengan bantuan encik ahmad something. Kalau aku buat sorang, memang tak siaplah kerja aku..haha. Selepas berehat selama sejam, maka aku pun bertanyalah kepada orang di situ. Mereka cakap semua lulus dengan cemerlang sekali. Bagus..haha. Di akhir sekali, aku dihadiahkan dengan kad hijau CIDB dengan jawatan General Construction Worker (bagi ayat english baru nampak gempak...haha).

Kad hijau CIDB.
P.S : Baru kena 5 jam setengah dah semput. Belum lagi kena kerja betul-betul..haha
Comments
ish...
xbek cik reen ktuk piee mcm 2...
die xbsalah..
huhuh...
haha
ntam la kfc plak..tau la dpt duit wiring rm150..haha
@fjie
murni xde kfc maa..haha
@rumate fjie
ntam la..kre ada bnyi2 gk tu..haha