Cara Membuat Cip Mikroprosesor Intel (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Harap-harap kau semua sihat sepenuhnya. Dikala aku menaip entry ini, aku mengalami demam yang tidak terlalu panas, batuk, sakit tekak serta selsema yang tidak berhenti-henti. Aku berharap untuk sihat sepenuhnya pada minggu ini kerana minggu ini aku teramat busy membuat assignment yang masih lagi banyak serta test yang akan datang. Untuk mereleasekan tension, aku ada cara untuk kau semua cara-cara membuat cip yang selalu Intel buat. Kalau kau sudah berjaya membuat satu cip, bolehlah kau buka syarikat sendiri..hehe. Mari kita lihat.

Pasir, bahan asas membuat cip


Asas membuat cip adalah berasal daripada pasir halus. Pasir mengandungi 25% kandungan silikon dan merupakan sumber kimia kedua terbanyak di dalam Bumi selepas Oksigen. Menariknya, pasir teramat senang didapati terutamanya di pantai. Kuarza, elemen pasir mempunyai peratusan silikon yang tinggi dalam bentuk silion dioksida (SiO2) dan ia juga merupakan bahan asas untuk membentuk semikonduktor

Selepas pasir diproses, bahan silikon akan diasingkan manakala bahan-bahan yang tidak diperlukan akan dibuang. Silikon yang terasing pula akan melalui proses pembersihan berperingkat untuk mendapatkan silikon yang bergred elektronik iaitu silikon yang berpotensi untuk dikeluarkan dalam produk elektronik. Proses pembersihan berperingkat ini mengambil masa terlalu lama kerana untuk mendapatkan silikon bergred tersebut, ia mungkin didapati dalam satu atom dalam berbilion atom silikon yang diproses.

Fasa pencairan sebuah silikon


Silikon yang beku


Selepas proses pembersihan berperingkat, silikon bergred elektronik itu pula memasuki fasa pencairan. Gambar di atas merupakan fasa pencairan sebuah silikon. Silikon yang kecil itu apabila dicairkan akan membentuk suatu kristal yang dipanggil jongkang silikon. Jongkang silikon yang terhasil mempunyai ketulenan kira-kira 99.9999%.

Jongkang silikon memasuki fasa pemotongan


Wafer, silikon yang telah dipotong


Jongkang silikon itu tadi akan memasuki fasa pemotongan. Silikon yang telah dipotong nipis kira-kira 300mm itu dipanggil sebagai wafer. Potongan silikon itu juga bergantung kepada kehendak industri serta diameter jongkang silikon tersebut. Setelah dipotong, wafer itu akan dikilatkan sehingga sempurna seperti permukaan cermin.

Biasanya, Intel tidak melakukan kerja-kerja pemotongan jongkang silikon sebaliknya mereka hanya membelinya daripada pihak ketiga. Namun pada masa kini, Intel telah mengorak langkah dengan memperkenalkan proses pemotongan yang dikenali sebagai 45 nm High-K/Metal Gate dimana wafer tersebut hanya berdiamter 300mm sahaja. Ini menyebabkan pengurangan kos dalam pengeluaran wafer.

Wafer yang diratakan dengan cecair fotokromik


Dipancarkan pula dengan sinaran UV


Wafer tersebut akan diratakan dengan cecair biru iaitu sejenis cecair pembersih yang biasa digunakan dalam fotografi. Dalam proses ini, wafer akan berputar di atas mesin supaya cecair itu dapat diratakan dengan sama rata. Selepas itu, wafer yang diselaputi dengan cecair biru tersebut akan didedahkan kepada cahaya UV (Ultraviolet). Proses yang terjadi ini adalah sama dengan situasi dimana kau menekan button untuk mengambil gambar menggunakan kamera lama (guna filem).

Cecair biru akan membentuk suatu bentukan yang telah diletakkan di atas wafer


Bahagian cecair yang telah didedahkan kepada cahaya UV ini akan larut mengikut bentuk yang telah diletakkan pada wafer tersebut. Bentuk-bentuk ini adalah bentuk litar elektronik yang akan diletakkan pada cip tersebut. Proses ini akan diulang sehingga beberapa keping bentuk litar elektronik terbentuk atas wafer.

Bahagian kedua, kita akan tengok bagaimana wafer yang terhasil ini akan membentuk litar elektronik yang teramat kecil di dalam cip. Tunggu..hehe.

Kredit : UT$AV (ForumW member)


Sambungannya di sini.

Setahun Sudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Harap-harap kau semua sihat dan dijauhi segala malapetaka. Hari ini hari Rabu bersamaan dengan 14 Oktober 2009. Hari yang bersejarah bagi blog aku kerana usianya sudah mencecah setahun..hehe. Bersejarah juga bagi blog aku kerana kulitnya sudah aku salin menjadi baru, warna putih yang suci lagi murni..hehe. Tetapi kau semua jangan risau kerana perkataan coklat masih lagi ada di title bar pelayar internet kau cuma ayatnya yang lain sedikit..hehe. Nanti aku cerita detail lagi. Ini baru intro. Untuk menyingkap sejarah blog aku yang baru berusia setahun jagung, aku ingin mencopy kembali entry pertama aku yang mula diterbitkan di alam maya ini. Kau boleh lihat perbezaan antara taipan aku dulu dan kini. Biasalah, orang sudah semakin matang..hehe. Jom kita baca.

Setahun jagung yang sodap. Sumber : World Community Cookbooks



Blog Pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Bersyukur kita ke hadarat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya mempunyai blog sendiri. Setelah beberapa hari atau bulan mahupun tahun saya hanyalah menjadi pembaca blog orang tetapi kini saya telah menjadi seorang blogger dan berjaya mereka 1 blog yang tidak seberapa ini. Terima kasih kepada Blogger Template kerana menyediakan template yang boleh saya gunakan dalam blog saya.

Saya juga mereka blog sendiri sempena hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 20 pada 14 Oktober 2008. Sudah 20 tahun saya berada di Bumi ini dan tentunya banyak kenangan yang saya tidak boleh lupakan dari mula saya lahir hinggalah sekarang (aku tau ke time aku lahir apa yang berlaku). Ada orang cakap umur 21 tahun baru bebas, bebas dari tanggungjawab ibu bapa, bebas dari segi undang-undang. Saya hanya mampu mendengar sahaja (ada la orang terasa bila baca blog aku ni).

Akhir sekali, saya mengucapkan selamat datang kepada semua pembaca blog yang sudi berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini tidak kira walaupun dimana anda berada. Kepada sesiapa yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya, saya mengucapkan selamat menyambut hari lahir dan semoga menjadi seorang manusia yang berguna tidak kira kepada keluarga, masyarakat, negara dan juga agama.

P.S : Perghh skiima gile blog aku.

Komen aku : Memang skema taipan aku waktu itu sebab aku belum mengenal dunia blog sepenuhnya..haha.


Bersalin kulit

Sebelum menjelangnya 14 Oktober 2009, aku sudah mula menjalankan projek menukar template blog aku. Aku pernah test beberapa template dalam blog aku ini (siapa yang sempat tengok template itu aku bagi hadiah..haha) supaya templatenya tidak bersepah-sepah. Template ini bukan aku reka tapi ambil dari Deluxe Template dan aku ubah sedikit design dengan menambah post footer sebagaimana yang kau boleh tengok di bahagian bawah entry. Ada emel pos iaitu kau boleh pos entry ini ke emel orang yang kau nak..hehe. Pastu ada share on Facebook di mana fesbuk merupakan tempat aku bersinggah. Ada juga twit this iaitu kau boleh twit entry dengan Twitter.

Aku rekomen kepada kau yang ingin mengomen di dalam blog aku supaya menggunakan id yang kau guna untuk login blog kau kerana sistem Blogger sudah diupgrade dengan avatar orang yang mengomen akan ditunjukkan, sama seperti Wordpress. Kau boleh lihat entry sebelumnya yang ada komen..hehe. Bahagian header pula, aku tak tahu nak letak apa kat situ..haha.


Akhir kata...

Aku ingin menyatakan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat-Nya aku masih lagi boleh menaip dengan baik sekali dalam blog. Terima kasih kepada mereka yang berkunjung ke blog aku. Aku tahu template coklat itu memberatkan page untuk loading jadi aku tukar template ini. Aku rasa sudah laju tapi tak tahulah orang lain..hehe. Sekali lagi aku ucapkan terim kasih kepada semua.

Cuba teka apa yang pelik dalam gambar ini? Hehe...


Sambungannya di sini.

Gegaran dan Akibatnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Artikel ini merupakan permintaan daripada orang yang aku sayang iaitu Norazrin Norazman..hehe. Pertama sekali, marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah s.w.t supaya kita dijauhi daripada segala malapetaka yang sejak akhir-akhir ini kerap berlaku. Bermula dengan tsunami yang selama ini tidak dijangka akan berlaku di Malaysia telah berlaku. Sekarang pula, telah berlaku penularan penyakit H1N1 yang sering kali menyebabkan kematian manusia. Di Indonesia pula, telah berlaku gempa bumi yang berskala kuat menyebabkan banyak kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa.

Tsunami. Sumber : Impactlab


Kau boleh buat satu simulasi bagaimana sesuatu gegaran yang kecil mampu menjatuhkan sesuatu objek. Itu baru gegaran kecil. Walaupun begitu, ia tidak menghairankan seluruh saintis kerana Indonesia memang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik yang akan menyebabkan letusan gunung berapi serta gempa bumi. Apakah maksud Lingkaran Api Pasifik? Lingkaran Api Pasifik atau dalam bahasa Inggeris "Pacific Ring of Fire" merupakan sebuah garisan dimana berlakunya pergerakan plat Bumi. Hasil daripada pergerakan inilah yang menyebabkan berlaku gempa bumi.

Lingkaran Api Pasifik. Sumber : Wikipedia



Gempa bumi dan Al-Quran

Apabila berlakunya tsunami pada tahun 2004, mereka masih lagi tidak sedar akan bencana alam yang bukannya datang dari alam tetapi takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Lihat sahajalah gempa bumi yang berlaku baru-baru ini. Aku rasa ramai yang sudah tahu beberapa ayat dalam Al-Quran yang mencatakan peristiwa yang sama dengan masa berlakunya gempa bumi itu.

Gempa bumi di Padang, Indonesia. Sumber : Boston.com


Gempa bumi di Padang, Indonesia pada jam 17.16

Surah Al-Isra' ayat 16 (17:16) - Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.


Gempa bumi susulan di Padang, Indonesia pada jam 17.58

Surah Al-Isra' ayat 58 (17:58) - Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).


Keesokkannya berlaku satu lagi gempa di Jambi, Indonesia pada jam 08.52

Surah Al-Anfal ayat 52 (8:52) - (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.


Ayat-ayat di atas menceritakan bagaimana manusia yang hidupnya mewah tetapi lupa kepada Allah s.w.t dan akhirnya mereka ditimpakan bala bencana yang maha dasyat. Aku tak tahulah bagaimana kehidupan orang Indonesia tetapi sepatutnya ia menjadi iktibar kepada bukan sahaja orang Indonesia tetapi umat Islam bahawa kita perlulah taat akan perintah-Nya serta tidak menunjuk-nunjuk akan kemewahan dan menindas orang lain yang selalu membantu kita.


Miyabi

Siapa kenal Miyabi? Aku rasa kaum lelaki mungkin kenal dengan orang ini..hehe. Miyabi adalah panggilan kepada Maria Ozawa. Miyabi ini juga merupakan penggilan yang dibuat oleh orang Indonesia yang terlalu taksub dengannya. Aku membuat pencarian mengenai gempa bumi di Indonesia dan terserempak dengan beberapa artikel yang menyatakan bahawa Miyabi akan datang ke Jakarta, Indonesia.

Inilah Maria Ozawa. Sumber : Picshik.com


Ya, di Facebook sendiri terdapat 95% peminat Miyabi ini datangnya dari Indonesia dan tidak hairanlah Miyabi akan mendapat sambutan yang paling hangat kerana ini merupakan pertama kali Miyabi datang ke Indonesia. Aku yakin bahawa Allah s.w.t terlalu sayangkan umat Islam di Indonesia dan pastinya gempa bumi yang berlaku ini sedikit sebanyak akan membuatkan mereka semua tidak lagi terlalu taksub dengan pelakon seks popular ini.


Ditelan Bumi

Ada beberapa fakta rahsia yang aku rasa tidak terdapat di dalam berita di televisyen mahupun radio. Aku mencari lagi beberapa fakta menarik dan ini membuatkan aku berasa terkejut. Semasa gempa bumi di Dusun Pulau Aik, Padang pada jam 5.16 petang, lebih kurang 400 orang dipercayai sedang menghadiri satu majlis pernikahan. 400 orang ini juga dipercayai telah ditelan Bumi sedalam 30 meter. Ya, 30 meter itu memang dalam ditambah pula tanah di situ seolah-olah rata dan tidak berpenghuni lagi.

Tanah runtuh akibat gempa bumi di Padang, Indonesia. Sumber : Boston.com


Bukan itu sahaja, kampung disitu juga telah ditelan Bumi semasa gempa bumi hasil maklumat yang menyatakan bahawa tiada lagi rumah yang berada disitu. Masjid yang mempunyai menara yang tinggi juga tidak kelihatan lagi. Kita rujuk kembali ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 16 itu. Apabila manusia melakukan keburukan dan tidak patuh pada perintah Allah s.w.t., maka Allah s.w.t memusnahkan tempat atau negeri itu semusnah-musnahnya. Marilah kita insaf dan mengambil iktibar dengan ayat Al-Quran yang telah ditunjukkan tadi.

Akhir sekali, aku berasa simpati kepada pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Indonesia. Sudahlah mereka dicemuh oleh rakyat Indonesia yang anti-Malaysia, berlaku pula gempa bumi yang menyebabkan mereka berasa tidak aman lagi belajar di sana. Nasihat aku, baliklah ke Malaysia dan jalani kehidupan sebagai mahasiswa/mahasiswi normal di IPTA/S tempatan. Aku rasa IPTA/S lagi hebat berbanding universiti yang terdapat di Indonesia. Sekian terima kasih.


Rujukan
Blog Munawar AM
Suara Bebas Tuaran
Topix.com
Banyak foto berkaitan gempa bumi di Indonesia di Boston.com

Sambungannya di sini.