Ok semua, hari ini tuan punya blog warna coklat ini akan mengajar bagaimana hendak memasukkan kotak carian Google di dalam blog seperti yang terdapat di blog ini..hehe. Macam cikgu yang mengajar di sekolah pulak..haha. Aku tahu ramai yang sudah mempunyai kotak carian di blog dan ia memudahkan pembaca untuk mencari entry-entry lama yang mungkin berkaitan dengan apa yang hendak dicarinya. Namun begitu, kebanyakkan kotak carian akan membawa pengguna ke page baru yang hanya dipenuhi dengan hasil carian sahaja. Mungkin ada sesetengah pengguna yang terpaksa menunggu browsernya untuk loading dan tengok sahaja page yang berwarna putih itu sehingga selesai hasil carian oleh kerana capaian internetnya yang lambat.
Bagi blogger yang menggunakan Blogger sebagai hosting blog, mungkin widget ini boleh dijumpai di bahagian add a gadget, namun tidak semua template yang boleh menyokong gadget ini. Ini adalah kerana hasil carian akan keluar di bahagian atas sekali dan ia nampak buruk..haha.
Tanpa membuang masa, mari kita mulakan sesi mengedit blog..haha. Oh lupa, kalau nak tengok demo, boleh cuba taip apa-apa di kotak carian di blog aku. Dijamin tidak akan keluar seperti dalam gambar tadi..haha.
Hasilnya, anda akan melihat seperti ini :/head>. Tidak perlu untuk expand widget templates.
Boleh tukar perkataan loading itu dengan apa-apa sahaja kerana kotak carian akan muncul di situ dan perkataan loading akan hilang.
Jika anda mahir dengan kod-kod HTML dan CSS, anda boleh mengubah margin atau design pada hasil carian. Anda juga boleh menambah tab untuk hasil carian. Dalam kod tadi, hanya 2 hasil caria yang akan diperoleh iaitu hasil carian di blog dan seluruh internet. Anda boleh menambah untuk mencari video di Youtube atau mencari gambar di internet dari blog anda. Tapi, mesti taknak kan? haha. Ok la, itu sahaja untuk kali ini.
P.S : Kod ini juga boleh digunakan untuk blog selain Blogger. Hanya perlu mendapatkan API Key dari Google API sahaja.
Google Search Untuk Blog
Nama saya ialah
Mohd Nasri Md. Nasir
Friday, January 02, 2009
Kategori :
Blog,
Dunia Google
3 komen:
pandaiinnyeeee..=)
hehe..cri dlm tenet
file kod tu x leh nak donlod la...:(
Post a Comment
- Marilah menghantar komen di blog ini
- Dijamin komen akan dibalas oleh pemilik blog ini
- Dijamin puas hati
- Dijamin akan mendapat pulangan yang lumayan
- Ish, apa aku merepek ni?
- Sila klik pada post comment sekali lagi jika komen tidak boleh dihantar