October 31, 2024

Jakun Masuk Gua

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog bertemakan coklat ni. Bila dah masuk ke alam pekerjaan ni, bagi aku sendiri dah macam-macam benda yang pertama kali aku buat. Maklumlah, benda-benda ni mana la aku pernah buat sebelum ni oleh kerana keterbatasan situasi yang aku alami pada ketika itu. Jadi, bila company tempat aku kerja ni bukak pendaftaran untuk aktiviti membersihkan gua di Batu Caves secara sukarela, aku rasa macam menarik ni. Lagipun aku malas nak masuk opis, sebab aktiviti ni dia buat time opis hour.

Aku sampai opis pukul 6.46 pagi (excited nak jalan-jalan), lepas briefing dan sesi makan selesai, bergeraklah ke Dark Caves, kat area Kuil Batu Caves tu. Perjalanan ambik masa lebih kurang 40 minit sambil aku usha mereka mereka semua hadap traffic jam nak pegi keje.

Cungap jugak la naik tangga ni..haha

Sampai je kat sana, perut aku pulak menjerit suruh pegi jamban. Nasib baik sempat kembali untuk ramai-ramai naik anak tangga berkaler-kaler tu. Aku baca ada lebih kurang 272 anak tangga yang perlu ditempuh sebelum sampai ke kuil atas tu. Tapi aku tak naik sampai atas la, sebab Dark Caves ni lokasi dia kat bawah sikit and then aku dapat tahu gua ni jarang dibuka (atau maybe tak pernah dibuka langsung) kepada orang awam, so experience tu memang rare la. Aku jejakkan kaki kat sini pun dah kira first time dah..haha.

Dark Caves atau Gua Gelap. Tapi gua memang gelap kan?

Skop kerja kali ni ialah kena bersihkan sisa-sisa daun kering kat kawasan sekitar, pastu dia suruh clear kan tanah yang terkumpul kat dalam ruang kabin dalam gua tu dan kena cat railing jalan dalam gua tu. Setakat aku bersihkan kawasan dalam gua tu tak nampak pulak banyak taik burung kelawar. Ke sebab burung kelawar tak duduk dalam gua tu? Tapi agak sunyi jugak la kawasan dalam gua tu dan tak berbau yang kurang menyenangkan hidung.

Lepas dah setel semua keje tu, aku ambik masa la sikit bersiar-siar dalam gua ni nak tengok jauh mana dia pergi. Tapi, tak jauh mana pun kedalaman gua ni, aku rasa ada la dalam 5 ke 10 minit perjalanan bermula dari pintu gua sampai la ke hujung gua. Apa yang ada kat hujung gua tu? Haa carik la sendiri. Kalau ada peluang buat kerja volunteering kat sini, register dan pergi sendiri..hehe. Yang pasti takde hantu la (kalau pegi waktu siang la)

Bersih kan keja kami? Bincang tepi kalau nak request service pembersihan kami.

Secara keseluruhannya, aktiviti ni ambik masa lebih kurang 4 jam kot. Kalau naik tangga pagi tu sinaran matahari masih lagi samar-samar, ni jam dah balik kena turun tangga kene le hadap cuaca panas. Nasib baik turun tangga, takde le cungap sangatt. Boleh ringan badan aku kalau hari-hari naik turun tangga tinggi camni. Terbakar segala macam lemak termasuklah lemak dari makanan yang aku baru makan pagi tadi.


Nota kaki: Ye, aku masih perlu keje lepas habis aktiviti ni sebab dia tak cover sampai petang. Keje kat rumah je la, takkan nak busuk busuk peluh masuk opis pulak.

Komen (0)

Post a Comment