January 09, 2024

Pasar Malam di Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini aku nak bercerita mengenai pasar malam di Selangor. Kalau sebelum ini, aku banyak bercerita mengenai suasana dan keadaan pasar malam di Melaka. Time tu aku masih lagi dalam mode study di UTeM, jadi aktiviti seharian pun memang berkisarkan Melaka je la. Tapi sekarang, sudah lebih 10 tahun aku bermastautin di Lembah Klang, khususnya Selangor.

Walaupun dah lebih 10 tahun aku duduk di Selangor, tapi rasa makanan yang dijual di pasar malam dia bagi aku lah, sangat berbeza dengan pasar malam di Melaka. Ada je gerai makanan/minuman yang sama rasanya contoh jual goreng-goreng, keropok lekor atau murtabak. Ni kalau pergi mana-mana pasar malam kat Malaysia pun akan jumpa benda yang sama.

Serius aku memang tak boleh hadam lokasi seksyen kat Shah Alam ni..haha

Melaka ni antara tiga negeri yang kau kena sediakan air sejuk sebelum menikmati hidangan pedas kalau taknak lidah kebas dan tak boleh bercakap. Jadi, makanan yang dijual di pasar malam Melaka pun kebanyakkannya memang pedas lah. Cuma lidah aku asli Melaka, setakat pedas tu apa la sangat kan. Kalau pedas, kita tambah la lagi lauk tu..haha. Pendek cerita, dari kecik aku dah biasa makan makanan Melaka yang pedas, jadi kalau beli makanan kat pasar malam pun memang makanannya pedas, tapi sedap.

So, bila aku pindah ke Selangor, pastilah mencari lokasi pasar malam berhampiran, untuk menikmati juadah yang dibeli di pasar malam. Tapi itulah, orang Selangor ni pelbagai latar. Ada yang memang pure Selangorian, ada yang merantau, lebih-lebih lagi dari Pantai Timur. Bila pelbagai latar belakang, rasa makanan pun pelbagai lah. Makanan hampir kesemuanya tak pedas, atau pedas tapi sipi-sipi. Senang cerita, kepedasan dia tak memuaskan hati aku lah..haha

Datang awal, orang tak berkerumun lagi.

Satu lagi aku perasan, kalau ayam goreng tu biasanya peniaga pasar malam adun mereka menggunakan tepung pre-made untuk ayam goreng, which bagi aku ok jela. Kalau kat Melaka, ayam goreng pakai tepung yang dicampur dengan pelbagai bahan lain. Sekali tengok, memang rasa nak belilah sebab bahan dia tu susah untuk kita bangunkan di dapur. Setakat ni aku memang tak pernah lagi beli ayam goreng kat pasar malam Selangor ni. Rasa rugi pun ada. Kalau jumpa mee goreng tu janganlah letak harapan tinggi menggunung. Memang takkan pedas pun.

Inilah ayam goreng Melaka.

Anyways, inilah aku. Seorang lelaki yang suka pergi pasar malam sebab terpegun dengan juadah yang mereka jual di sana. Cuma, rasa keterujaan tu mungkin kurang sikitlah selagi mana aku duduk Selangor ni. Mungkin sampai bila-bila la kot..haha. Kadang-kadang aku balik Melaka tu pergi jugak pasar malam, beli pelbagai juadah, terutamanya ayam goreng sedap, dan kemudian makan dengan rakusnya.

Comments