Cuma, benda yang aku carik tak lain tak bukan; Murtabak Cheese. Sebab dalam cerita tu, dia cakap murtabak cheese ni dia p bubuh cheese banyak gila, kalah pizza lepas tu portion dia besar nak mampus. Dah tu, kuah ambik sendiri pulak tu. Aku ni dah la jenis makan murtabak kena banjir.
Murtabak Cheese Daging yang besar dan cheese leleh.Macam biasa, kita order makanan yang ada daging. So, murtabak cheese special daging 3. Aku amik 1 portion murtabak sebab biasanya murtabak ni sekeping aku boleh bedal. Sekali dia sampai nah kau, besar dan tebal, sebijik macam dalam cerita tu. Yang tukang buat murtabak tu dah siap kerat 4 dah. Aku makan sekeping dah rasa macam makan 1 murtabak. Cheese meleleh, macam makan pizza..haha
Kuah murtabak boleh ambik sendiri je. Cuma bagi aku, kuah dia agak kureng sikit la sebab dia pakai kuah kacang dhal. Tekak aku pulak dah biasa makan murtabak kuah kari cair. Bila cicah dengan kuah kacang dhal ni, rasa muak dia terus memuncak. Kombinasi antara cheese leleh dan kuah kacang dhal bagi aku pakej untuk orang cepat muak makan benda ni. Walaupun begitu, aku masih lagi ambik kuah dia dan makan murtabak secara banjir.
Nama kedai dia memang macam tu. Murtabak Cheese Special Nombor 1Harga dia macam yang korang boleh tengok kat situ. Tak la mahal sangat, lagi pun sekeping murtabak cheese biasa pun boleh dihidang untuk empat orang makan. Kalau rasa macam eh tak nak lah makan cheese, boleh je order murtabak biasa. Selain murtabak, ada la pelbagai kuih-muih dia jual kat depan kedai tu. Selain murtabak, ada jugak few gerai lain dalam kedai ni yang menjual pelbagai makanan.
Cuma aku terfikir, kenapa dia letak kedai dia nama Murtabak Cheese Nombor 1? Adakah sebab kedai dia satu-satunya kedai yang jual murtabak cheese? Atau kedai dia memang pakar buat murtabak cheese? Entah le, janji kenyang.
Comments