Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Ada lagi ke yang baca blog aku ni? Haha. Yela, zaman study dengan zaman lepas study memang banyak berbeza. Zaman study kita pergi kelas lepas tu kalau tiada kelas, ha buat la apa-apa pun. Zaman bila dah bekerja full time ni, tiada istilah tiada kerja. Kalau nak jugak tiada kerja, kenalah ambik cuti kan.
Sekarang berbalik kepada topik masak lomak ni. Lauk masak lomak ni antara lauk yang kerap mak aku masak dari aku kecik dulu, selain asam pedas. Walaupun begitu, aku versi kecik dulu begitu naif sebab tak gemar makan lauk ni. Masak lomak mak aku buat ni biasanya memang pedas piau punya. Aku yang versi kecik ni pulak kena makan pedas.
Nasik putih dan sambal belacan.Jadi, ditakdirkan aku dapat masuk ke sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Kawasan tu pulak memang kawasan piau orang nogori. Makcik-makcik yang memasak di Dewan Selera sekolah memang semuanya piau orang nogori, dah jadi 1 keje pulak aku nak memahamkan apa makcik-makcik ni cakap. Semua orang tahu, Negeri Sembilan ni memang terkenal dengan lauk masak lomak, terutamanya masak lomak salai.
Aku pulak time tu memang tak berapa berkenan nak makan lauk masak lomak, maklumlah masih trauma dengan kepedasan maksimum masak lomak yang mak aku masak..haha. Bila dah duduk asrama, nak taknak terpaksalah makan apa aje yang dihidangkan di Dewan Selera, termasuklah lauk masak lomak yang hampir setiap makcik DS ni masak.
Lepas tu, hidang dengan telur dadar.Pertama kali makan lauk masak lomak kat DS tu, uihh sedap la pulak. Bukan nak kata mak aku masak tak sedap :P (sori mak), cuma makcik yang masak lauk tu buat kepedasan ke tahap yang budak-budak macam aku boleh makan. Pedas, tapi pedas yang tak berapa nak sengat lidah. Mungkin sebab dia dah lama keje kat situ, so dia tahu la macam mana nak kawal kepedasan cili api yang terlalu buas.
Ni la dia, tarikan utama sajian makan tengahari atau malam.Jadi, dari situ la aku terjebak dengan masak lomak cili api. Bila dah makin besar, lidah aku pun dah tebal jadi boleh bedal masak lomak kepedasan yang piau punya, sampai basah kepala. Contoh macam masak lomak ni ha, dia masak dalam claypot, siap bubuh mangga muda lagi. Ni memang spesis masak lomak yang rare la sebab dia bubuh mangga dalam tu. Asal Jumaat je, ni antara kedai makan yang kerap aku pergi. Fuh, layan beb.
Comments