Ni KLCC dowhhh
Sebagai seorang rakyat yang lahir di Melaka, bersekolah paling jauh pun di Negeri Sembilan dan pulang kembali ke Melaka, pengalaman aku pertama kali pergi Kuala Lumpur memang tak boleh lupa. Lawak pun ada..haha. Kali pertama aku datang ke Kuala Lumpur sewaktu aku menerima jemputan interview kerja di Wisma MCA, Jalan Ampang.
Reben dan bangunan yang mencakar langit biru.
Pada waktu itu, aku hanya ditemani dengan sebuah telefon bimbit Sony Ericsson ELM yang ada keypad. Jadi, memang takde la Waze ke Nokia Maps ke dalam tepon aku, gps dalam enset ni pun macam tak boleh pakai je. Untuk memastikan aku tak sesat, aku print direction ke Wisma MCA dari Google Maps. Bila bawak motor sambil pegang kertas peta Google Maps, dah macam orang cari harta karun pulak.
Selepas beberapa kali sesat jalan, barulah ketemui Wisma MCA dengan riang gembiranya.
Comments