11.02 pagi
Selangor, Malaysia
Pada suatu masa dahulu lebih kurang 3 bulan lepas aku pernah bercerita mengenai tanaman pokok jagung isi berwarna putih dan kuning di laman KDR (kebun depan rumah). Sekarang aku boleh katakan yang pokok jagung ni dah capai proses kematangannya.
Memanglah dah capai proses matang, dah tumbuh jagung dah pun..haha. Jadi setakat ni dari lima pokok yang membesar, empat pokok dah mula mengeluarkan jagung, manakala lagi satu pokok masih lagi membesar.
Pokok-pokok jagung ni aku tak sembur dengan apa-apa racun makhluk perosak jadi kebanyakkan daun sedap dimakan belalang daun dan siput babi. Tunggulah bila rumah dah siap, sedap la nak berkebun.
Comments