Tengah buat lab.
Beberapa tahun sudah berlalu semenjak aku set target bahawa elektronik bukanlah bidang aku. Aku masuk ke universiti dengan mengambil jurusan elektronik. Entah apa sudah jadi pada aku, aku sendiri pun tak tahu. Selama 4 tahun aku di universiti, aku didedahkan dengan pelbagai subjek dalam jurusan ini, dari pembangunan litar elektronik sehinggalah keselamatan di tempat kerja.
Wayar yang berselirat.
Selepas tamat pengajian, kerja pertama yang aku dapat masih lagi ada kaitan dengan elektronik. Kerja yang memerlukan aku membangunkan litar yang menggunakan cip mikropemproses serta coding untuk cip supaya ianya dapat dijalankan dengan best. Manakala kerja yang sedang aku buat sekarang ni lebih kepada IT, dan memang tiada elektronik lagi dah..huhu.
Dah start perangai bila tiada kerja..haha
Tiba-tiba aku rasa rindu nak bermain dengan litar-litar dan coding. Perasaan dia bila kita sendiri yang membangunkan litar dan dapat berfungsi dengan baik memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya mampu tengok benda alah tu berfungsi je. :P
Comments