Jalan yang kecil.
Oh ya, gambar-gambar yang aku ambik dari Street View ni merupakan jalan pintas untuk aku lalu dari Merlimau ke Kampung Seri Mendapat tanpa melalui jalan raya utama. Dengan kata lain, selepas lampu isyarat dari Merlimau, akan ada 1 jalan kecil yang mempunya signboard "Jalan Lanchang". Dari jalan itulah aku lalu dan tembus ke Kampung Seri Mendapat, ala yang ada UiTM tu..hehe
Masih lagi jalan dalam Kampung Seri Mendapat.
Jalan pintasan ni aku tahu hasil daripada nafsu ingin tahu yang sangat kuat. Selalu bila aku balik kampung, tiap kali aku terfikir jalan kecik ni pergi ke mana. Bila dah ada motor tu, perasaan ingin tahu membuak-buak membuatkan aku menaiki motor dan explore jalan ni, rupa-rupanya dia tembus ke jalan utama, dah sangat dekat dengan lampu trafik lebuh AMJ ke Merlimau.
Sungai tempat arwah atuk bawak aku dan adik aku memancing.
Akhir sekali, aku syorkan pada sesiapa yang ingin lalu jalan ni supaya lalu pada waktu siang sahaja. Sangat tidak digalakkan lalu pada waktu malam kerana tiada lampu jalan di sini dan suasananya agak menyeramkan ditambah pula dengan hutan yang sangat tebal serta jalan di sebelah sungai. Nak lalu juga pada waktu malam? Proceed with caution. :P
Cerita yang berkaitan
UiTM di Kampung Seri Mendapat
Selepas Hujan
Comments