September 06, 2014

Review : Puteri Bayu Beach Resort

Minggu lepas aku dan keluarga belah bini aku bercuti di Pulau Pangkor. Menikmati permandangan laut Selat Melaka di kawasan pulau serta melepaskan segala tekanan bekerja yang telah ditanam dalam otak aku. Segala arrangement untuk percutian ini telah disediakan oleh abah mentua aku jadi aku just datang dan bercuti je..hehe. Bayu Beach Resort telah dipilih sebagai tempat penginapan rasmi untuk percutian kali ini.

Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor

Jadi, untuk tempat penginapan rasmi aku ni aku bagi overall 6/10. Mungkin ada sesetengah orang yang bagi rating tinggi..haha. Ni ikut pada pengalaman aku jela. Awal awal sampai bilik je dah bagi masalah pada aku bila aircond bilik tak hidup lepas cucuk kunci pada slot kunci. Terpaksalah technician datang dan reset balik aircond tu tapi bila aku off dan on balik, masalah yang sama timbul. Last last technician buat ape tah pada slot kunci tu jadi aku tak perlu lagi nak off aircond bila tinggalkan bilik, dia akan sentiasa on. Memang 3 hari lepak sana, 3 hari aircond tu on je..haha.

Nombor bilik rasmi aku dan bini aku..hehe

Suasana sekitar resort standard la macam mana-mana resort, dihiasi dengan bunga-bunga..hehe. Resort ni terletak di tepi pantai Pasir Bogak jadi tak perlu nak susah untuk berjalan jauh untuk ke pantai. Isi dalam bilik pula, sama gak standard macam mana-mana resort lain cuma part nak melepak tengok tv tu kurang sikit la sebab channel-channel yang ada semua tak berapa jelas. Paling tak best sekali bila tengok heater banyak semut dah buat sarang. In case kalau ada reader dari kalangan pekerja resort ni, harapnya boleh mengambil perhatian terhadap kebersihan setiap barang dalam bilik. ^_^

Resort dalam taman.

Pantai Pasir Bogak di tepi resort.

Mari Bagi Markah

Kebersihan ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

Kebersihan untuk keseluruhan resort, bukan sekadar bilik.

Perkhidmatan ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

Staf sangat berdedikasi melayan dan menguruskan masalah aircond bilik.

Suasana ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

Suasana di sekitar resort, tak termasuk kawasan pantai dan laut.

Bilik ★ ★ ★ ★ ★ ★ ★

Macam aku cerita tadi, ada masalah dengan aircond bilik time aku tengah panas dan perlukannya.

Ringkasan: Resort ni ok la bagi mereka yang nak rasa suasana di Pulau Pangkor. Tak begitu mahal dan perkhidmatan pun memang standard macam resort dan hotel lain.
Berkaitan Pulau Pangkor
Persekitaran Pulau Pangkor
Makanan Bergoreng di Pangkor

Comments

↑