Menurut pak Wikipedia, pembangunan resolusi 8K telah hadir seawal tahun 1995, di mana syarikat penyiar Jepun NHK memulakan projek 8K yang diberi nama Super Hi-Vision. Jika di Jepun, pembangunan 8K telah hadir pada tahun 1995, kita di Malaysia pada ketika itu sedang menikmati television yang berkotak besar seperti di bawah..haha.
Television CRT pada era 90-an. Sumber : WikipediaAntara kelebihan resolusi 8K ini adalah
- Paparan imej menjadi lebih terperinci. 8K bermaksud 8000 piksel, membolehkan kita melihat setiap butiran pada imej dengan jelas sekali.
- 8000 piksel membolehkan kita melihat imej yang dipaparkan sejauh 20 inci pada television bersaiz 52 inci dan sejauh 3 kaki pada television bersaiz 92 inci.
- Pengarah filem boleh menggunakan rakaman 8K untuk merakam pada kedudukan jauh dari tempat penggambaran bertujuan untuk melindungi kamera.
Ada juga beberapa buah game yang telah dijalankan dalam resolusi 8K seperti Mass Effect 3 dan Crysis 3. Adakah produk pengguna akan keluar dengan resolusi 8K? Belum lagi tetapi syarikat Sharp telah mempamerkan television pertama di dunia yang menggunakan resolusi 8K. Boleh rujuk di sini.
Akhir sekali, aku rasa kita takkan boleh menikmati television dengan resolusi 8K pada waktu sekarang kerana banyak faktor perlu diambil kira seperti keupayaan Internet menampung bandwidth untuk stream video 8K, keupayaan syarikat penyiar untuk menampung 8K dan juga teknologi yang kita ada sekarang boleh dikatakan terhad walaupun pembangunan resolusi 8K telah hadir seawal tahun 1995. Jadi pada waktu sekarang silalah nikmati paparan imej pada resolusi 4K itu pun kalau mampu membeli sebijik tv Sony 4K yang dijual pada harga ~RM20000, dah macam harga motor superbike dah. :p
Video 4K. Sila pergi ke setting dan tukar resolusi 4K
Comments
ada video 4K je..