Roti John Daging Beger
Mak aku jarang buat makanan western tetapi sesekali dia makan gak. First time mak aku buat roti john ialah sewaktu aku ingin pulang ke Ampang pada hari Ahad, esok tu aku kena pergi kerja. Speselnya roti john ni kerana ianya dibuat menggunakan daging beger jenama Ramly yang dihancurkan dan digoreng bersama telur dan bawang. Serius kalau aku jual roti john mak aku ni kompem banyak duit boleh dapat sebab intinya banyak walaupun guna daging beger, hanya jual dengan harga RM2.00 mesti habis punya la.
Roti john yang biasa dibuat di Malaysia. Sumber : WikipediaBihun Goreng Singapura
Menu ni hanya time bulan puasa je mak aku buat. Menu ni lebih kurang sama je dengan versi asal bihun goreng yang kita buat guna cili kering cuma yang ni mak aku buat guna lada hitam untuk bagi pedas sikit. Dalam bihun tu ada la daging lembu, ayam, sotong dan udang. Kemudian untuk hiasan akhir, mak aku guna telur dadar yang telah dipotong dan cili merah. Sebahagiannya diberi kepada jiran sebelah dan selebihnya aku yang habiskan..haha.
Nasi Ayam Sedap
Menu ni saja je aku bagi nama..hehe. Kalau time puasa kompem akan ada menu ni. Rasanya setiap tahun akan ada menu ni. Nak kata spesel tu tak la jugak sebab kalau tima bukan puasa mak aku selalu je buat nasi ayam. Mungkin spesel sikit sebab masak time bulan puasa. Nasi ayam ni biasanya aku makan time berbuka puasa sekali dengan waktu sahur. Boleh jimat.
Comments