Review : Oliver's Kitchen
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Kalau kita tengok balik pada entri ini, aku ada menceritakan bahawa aku sedang menunggu kawan aku. Sebenarnya kami ingin mencuba makanan di kedai makan baru di Shaftbury Square ni. Nama dia agak english sikit, suasana dalam kedai pun agak english, tukang masak pun ada yang english. Pendek cerita, semua english la kat kedai tu, kecuali sign "KELUAR" je dalam bahasa Melayu. Ok hambar :-D
Bukan tangan aku.
Bila tengok katalog menu makanan dia, semuanya english dan makanan western. So sesuai bagi mereka yang suka western food. Aku kurang sikit western food ni, maklumlah produk Melayu tulen, tapi bedal jela..haha. Tukang amik order pun mesra je layan kami. Bagus dapat pelayan mesra, takde la kita rasa takut atau gugup time tu.
Menu tulis pakai kapur je. Kalau harga naik, senang nak ubah.
Secara jujurnya, aku tak pernah masuk kedai makan sejenis ni, yang hanya ada makanan western dan setup kedai yang bagi aku agak unik la. Lebih santai dan sesuai untuk layan makan tengahari bersama bos-bos, atau ajak awek pegi dinner.
Inilah menu paling hot sekali. Mahu cuba?
Aku order menu ape tah, tu pun paling murah harga dia RM12.90. Aku pun tak pandai nak judge makanan western dia camne tapi aku rasa ok la, berbaloi dengan harga dia dan makanan yang sedap dan kuantiti yang tak lah sikit sangat serta layanan mesra dari pelayan kedai.
Comments
sexy nyaa.. :">