Ye, semenjak blog aku ni wujud pada tahun 2008, dah macam-macam entri yang aku dah publish, macam-macam jenis blog dah aku baca dan follow, ramai owner blog lain yang aku kenal (dalam alam maya je) dan.....macam-macam idea yang telah aku keluarkan. Namun begitu, setelah sekian lama aku tak berjalan-jalan di blog-blog yang biasa aku bukak dulu, kini menampakkan perubahan yang sangat-sangat ketara. Contohnya :
Blog tiada lagi di alam maya
Ye, agak menyedihkan juga kerana ada blog yang aku follow dan komen dah tak wujud lagi di dalam dunia internet. Mungkin mereka ingin meneruskan hidup seperti biasa tanpa perlu update di blog. Atau mungkin aura berblogging dah hilang, macam aku juga..hehe
Dulu single, sekarang dah berdua, bertiga, berempat, ......
Ok, lupakan cerita sedih di atas, cerita ini sangat-sangat menggembirakan. Kebanyakkan blog yang wujud sekarang adalah hasil nukilan budak bawah umur yang tak habis-habis cerita pasal pakwenye yang dia sendiri pun tak tahu adakah itu jodohnya. Tetapi, ramai di antara owner blog-blog yang aku follow sejak dari dulu sudah berumah tangga, ada pula yang dah beranak. Nice one. Ada pula yang sudah bertunang. Aku jela still tercari-cari calon yang sesuai..huhu
Sudah berkerjaya
Majoriti blog yang aku follow, ownernya masih student macam aku. Sekarang dah masuk tahun 2012, aku tengok ramai yang sudah berjaya mencari rezeki tetap. Aku harapkan mereka ini bekerjalah dengan tekun dan berdisiplin, barulah ada feel nak bekerja.
P.S : Entri kartun..hehe



Comments
sayang lah bagi kita yang taknak berubah
=)