Ms Pacman Maze Madness
Aku pernah mereview game ni di sini. Tapi aku nak review balik. Game ni aku rasa game paling menarik sekali di bawah tajuk Pacman. Masih lagi Ms Pacman perlu berjalan atas track tapi tracknya bukan lagi simple macam game klasik Pacman. Ada bermacam-macam halangan di atas track yang perlu Ms Pacman tempur. Menarik bagi mereka yang ingin merasa bermain game Pacman dalam suasana yang lain..hehe

Wallpaper Ms Pacman. Tak ingat stage mana dia ambik ni..haha
Digimon World 3
Nampak macam kebudak-budakkan sedikit ye tak. Tapi aku bukan kira..haha. Sehingga sekarang sudah 4 sekuel game Digimon yang dihasilkan oleh Bandai. Digimon World 4 je untuk Playstation 2. Dalam banyak-banyak sekuel Digimon, Digimon World 3 memang menampakkan jalan cerita yang lebih luas berbanding dengan DW1 dan DW2. Starting game ni aku kena pilih starter pack yang diberi. Setiap starter pack ada 3 ekor digimon.

Digimon World 3, game Digimon paling best setakat ni..hehe
Mission Impossible
Dulu, Mission Impossible antara movie yang popular pada era 1998-2000. Siapa yang pernah main game ni tentu tahu bahawa banyak babak dalam cerita ni diambil daripada game Mission Impossible. Paling ketara ialah ketika Ethan Hunt nak curi data di mana dia terpaksa melalui laser-laser. Dalam game, laser-laser itu penuh sampai ke bawah, siap ada laser yang bergerak-gerak..haha. Sebelum start main, ada 2 cara bagaimana aku boleh menyelesaikan sesuatu misi, Possible dan Impossible. Part yang impossible tu memang betul-betul impossible..haha

Mission Impossible di Playstation.
Comments