Gran Turismo 2
Gran Turismo 2 ni datang dengan 2 CD, arcade dan simulation disc. Arcade tu kalau nak main race kereta saja-saja, manakala yang simulation disc tu macam career mode la. Nampak agak real sebab aku perlu mendapatkan lesen untuk berlumba. Lain competition lain lesen yang dia nak. Kalau nak rasa bagaimana rasanya berlumba dengan 70 laps atau lebih, boleh cuba game ni. Bahagian endurance mempunyai banyak competition dan setiap competition aku rasa mempunyai 50 laps atau lebih untuk diselesaikan..haha

Gran Turismo 2
Harvest Moon : Back To Nature
Game ni sesuai bagi mereka yang ingin merasa bagaimana susah payah menjadi seorang pekebun dan membangunkan ladang sendiri. Disebabkan ianya dibangunkan untuk Playstation, tidak perlu expect terlalu banyak dari game ni. Hanya perlu beli biji benih dari kedai, kemudian gemburkan tanah dan tanam biji benih. Selain itu, pekebun perlu menjaga ayam, lembu dan kambing biri-biri seperti sentiasa memberus lembu setiap hari supaya lembu itu berasa amat selesa berada bersama pekebun..hehe

Harvest Moon Back To Nature
Army Men World War : Land, Sea, Air
Salah satu daripada sekuel Army Men yang terbaik pernah dikeluarkan oleh 3DO dahulu. Masih lagi mengekalkan stail yang sama iaitu orang plastik tetapi suasana disekitarnya nampak macam memang betul-betul suasana perang, bukan lagi gameplay di dalam rumah seperti siri Army Men sebelumnya. Antara game perang yang menarik, aku suka part airplane, perang di udara, dan juga di atas kapal perang yang besar..hehe

Army Men World War Land Sea Air
Comments
best..tp bnyk bnde kne jge..hahaha
fuhh ramai gak minat harvest moon..haha
boleh addict main bnde alah tu..ngorat awek2 la best..haha