December 26, 2010

Karipap Gergasi

Hari ini hari Ahad. Seperti yang telah aku update di Facebook, aku nak berjalan-jalan hari ini berseorangan, mungkin melihat barang-barang yang dijual di shopping, so siapa nak ikut bolehlah contact aku (awek je). Pagi ni aku sarapan benda alah ni. Dibeli di gerai karipap gergasi yang dijual berdekatan dengan rumah aku..hehe

Besar kot, tapi larat je aku nak habiskan sorang..haha

Oh, besaunya. Memang tak mampu untuk makan macam aku makan karipap biasa. Terpaksalah ianya dibelah 4. Murah je, hanya RM1.50 untuk sekeping karipap gergasi ini. Belilah, anda pasti mahu lagi.

P.S : Semoga Malaysia menang malam ni dan bermain dengan amat cantik sekali.

Lokasi : Ayer Keroh, Melaka

Comments

mak ai... besarnya karipap, inti apa tu??

yes!! mesia memang menan pon...
Tuesday, December 28, 2010
Kat perlis ada gak yang buat. Dia panggil nama Karipap Samudera.
Wednesday, December 29, 2010
Eh intan, ko kat sini rupanya. Rajin betul ko BW ek.
Wednesday, December 29, 2010
@ intankuterpilih

karipapa gergasi..still inti kentang tapi banyak..haha
Monday, January 03, 2011
@ Anwar Osman

oo..mungkin pembuat karipap gergasi ni datang dari perlis kot..hehe
Monday, January 03, 2011