Bahagian bateri dan tempat meletak PIC.
Bahagian di atas ni merupakan jantung dan kepala otak bagi robot. Bateri membolehkan robot bergerak dan mampu memproses pengaturcaraan dengan baik. Untuk robot ni, tak kisah pun nak letak bateri berapa volt sebab nanti akan ada 1 litar kuasa yang akan menapis voltan supaya voltan yang mengalir dalam cip sesuai. Cuma janganlah menggunakan bateri kereta kerana bila saja ianya dicucuk pada robot ini kompem meletup.
Bahagian LED.
Bahagian LED merupakan bahagian yang berfungsi untuk memberitahu kita adakah kesemua fungsi yang telah kita tetap berfungsi dengan baik. Haa amik kau banyak word fungsi..haha. Contohnya bila robot itu detect line putih, sebijik LED akan menyala jadi kita boleh tahu bahawa robot berjaya detect line putih dengan baik sekali.
Pateri ok ke tak?
Entahlah, aku tengok ok je. Oh ye, lupa lak, rupa-rupanye bahagian coding untuk PIC banyak error..hehe. Sekian terima kasih.
Comments