Tahun 2007, aku diberitahu bahawa dengan blog boleh buat duit. Lagi aku pelik..haha. Yela, buat blog senang je dapat duit. Orang lain punye le kerja susah nak mati nak dapatkan duit. Akhirnya aku mendaftar juge di Blogger.com untuk menjadi seorang blogger dan linknya seperti yang kau boleh tengok sekarang..hehe.
Aku admit waktu mula-mula aku berblog dan melakukan blogwalking di blog lain, suasananya amat berbeza dengan sekarang. Dulu banyak blog yang buat entri tutorial blog. Ada juge yang menceritakan apa yang berlaku dalam kehidupannya. Aku baca pun tenang je, kadang-kadang senyum, kadang-kadang sedih..hehe.
Saya suka berblog..heheSekarang? Banyak blog yang aku jumpe ingin mengejar trafik. Tidak kurang juge mereka yang mengepos entri yang lebih kepada cara-cara mengejar trafik. Trafik ni bergantung pada nasib. Kalau nasib kau baik, ada la entri-entri kau yang dapat menarik pengunjung.
P.S : Mahu trafik yang tinggi? Buang sifat malas dan jangan mudah mengalah. ^_^
P.S.S : Aku suka baca blog yang bercerita mengenai kehidupan mereka..hehe
Comments
like ur n my story..
hehe
eh same ek start berblog..
ok le 2..
ok tade kaitan kan?
wakakah