Ya, pada zaman kini blog seolah-olah menjadi suatu tarikan baru bagi pengguna Internet. Bermacam-macam kaedah yang digunakan oleh mereka yang ingin memiliki blog baru. Di sini aku senaraikan beberapa trend yang sekarang ini digunakan oleh mereka yang ada blog.
- Blog sebagai diari online
- Blog mengikut kehendak pengunjung
- Blog tips-tips
- Blog aktiviti
Ada diantara mereka yang memiliki blog bertujuan untuk mengisahkan segala aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun. Kebiasaan trend begini yang aku nampak ialah mereka yang berjantina perempuan. Bila ada aktiviti seperti meronggeng, bercuti, karaoke, mesti akan diupdate dalam blog..hehe
Trend ini digunakan bagi mereka yang terlalu excited untuk mendapatkan pengunjung atau pembaca setia yang ramai. Antara faktor utama mereka menggunakan trend ini ialah kerana mahu menjadikan blognya popular. Apabila blognya popular, maka ia dapat menjana wang..hehe
Terlalu banyak blog sebegini yang telah aku jumpa. Hampir kesemuanya mengisahkan cara-cara untuk mempopularkan blog kau serta dapat menjana wang di Internet. Padahal aku tengok hampir 99% blog sebegini mengisahkan tips yang lebih kurang sama je.
Jangan samakan blog ini dengan trend yang pertama tadi. Blog aktiviti yang aku maksudkan ialah blog-blog sesebuah komuniti seperti komuniti kolej kediaman, kelab-kelab atau persatuan mahupun sekolah. Mereka menjadikan blog sebagai medium untuk memberitahu kepada semua pengunjung mengenai aktiviti yang telah dijalankan.
Tidak kisahlah walau apa cara kau ingin lakukan pada blog kau, cuma ingatlah bahawa blog bukan lagi suatu bahan media yang boleh diambil mudah. Tersilap perkataan mahupun ayat, kau mungkin meringkuk dalam penjara..hehe
Sekian, jumpa lagi.
Comments
jgn lupe
hentam..tu blog ko la..cter sastera je..haha
blog mncari isteri or suami..hehe