Ada kebaikkan dan keburukan penggunaan kamera pada telefon bimbit. Ia terpulang kepada individu tersebut bagaimana cara dia menggunakan kamera tersebut. Bagi aku, aku nampak ianya lebih kepada positif kerana aku tidak perlu untuk membawa kamera yang besau-besau seperti DSLR atau kamera digital untuk mengambil gambar. Telefon bimbit yang nipis pastinya memberi keselesaan kepada individu.
Kadang-kadang, telefon bimbit berkamera juga boleh memberi keburukan dari segi teknologinya. Tidak dinafikan trend penggunaan telefon bimbit berkamera sudah menjadi kegilaan bagi setiap individu tidak kira usia. Sesuatu teknologi tidak akan berhenti setakat itu saja. Kau mungkin pernah tengok atau dengar iklan X-Ray Mobile yang mendakwa boleh melihat menembusi kulit sehingga nampak tulang. Kau mungkin ingat bahawa benda itu tipu tetapi teknologinya itu sudah diaplikasikan di Jepun. Ya, Jepun merupakan negara yang banyak membangunkan sesebuah teknologi. Telefon bimbit berkamera yang diberi model 5005x didakwa mampu melihat menembusi pakaian seseorang tersebut. Percaya atau tidak? Kau boleh lihat di sini.
Akhir sekali, bagi perempuan, aku sarankan berpada-padalah bila mengambil atau diambil gambarnya. Macam-macam boleh berlaku. Aku dengar mereka yang expert dalam Adobe Photoshop mampu membogelkan seseorang. Jadi, berhati-hatilah.
Sekian, jumpa lagi.
Comments
nak stu hp camtu
sanggup tuka
hehe
hentam la..nset ak xgmpak cm ko..haha
@joe
g r jepun..klau ko jmpe nset tu ak pn nk gk..hehe