Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak, Melaka.
Itulah nama sekolah yang diberi. Terletak di Cheng, Melaka, sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2001 kalau tak silap aku. Jika kau lihat pada bangunan sekolah, ia merupakan design bangunan sekolah yang terkini. Pertama kali aku datang ke sekolah ini, aku ingatkan sekolah ini merupakan sekolah berasrama..hehe.
Budak itu cuba memanjat dinding. Mahu jadi Spiderman kot.
Macam-macam gelagat yang kita boleh lihat pada budak-budak ni ketika mereka masih di sekolah. Ada yang berlari nak terkencing, cari kelas dan bermain kejar-kejar. Ada pula yang cuba memanjat dinding tu ha, nak uji ketangkasan diri kot. Ada juga yang membuat bising ketika cikgu tiada. Semua itu merupakan perkara normal, juga pernah terjadi pada aku pada masa persekolahan aku dulu..haha
Permandangan dari jauh sewaktu murid-murid sedang berehat.
Tima rehat la best. Time ni la kita bebas nak buat apa sahaja di luar kelas tanpa perlu ditahan oleh guru besau mahupun guru kecik kerana berada di luar kelas. Tapi yang tak bestnya bila nak beli makanan di kantin la, dijamin penuh sesak dengan manusia. Biasanya mak aku akan membekalkan aku makanan dari rumah jadi aku tak perlu nak bersusah payah untuk beratur membeli makanan. Duit yang ada boleh digunakan untuk membeli keropok bila balik sekolah nanti..haha
Waktu ini merupakan waktu rehat bagi tahap 2.
Jadi, adakah kau rasa seperti mahu berada di zaman persekolahan? Jika ada, lupakan niat kau kerana usia kau tidak layak lagi untuk berada pada zaman itu..hehe
Sekian, jumpa lagi.
Comments
mesin merentas masa