November 25, 2009

Line Following Robot

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ini aku ingin berkongsi mengenai projek yang terbesar sekali untuk tahun 3 aku. Projek ini diberi nama "Line Following Robot" kerana kumpulan aku perlu membuat robot yang dapat detect line hitam. Robot ini sudah biasa kita jumpa di mana-mana..hehe. Ia juga menelan kos perbelanjaan yang tinggi untuk membeli komponen elektronik.


Cip itulah yang paling mahal. Dah la besar.

Paling mahal ialah cip ape tah yang digunakan dalam robot ini. Cip itu berharga dalam lingkungan RM50 tetapi bernasib baik kerana fakulti ada menyediakan cip itu..hehe. Aku tidak banyak menerangkan mengenai robot yang telah group aku buat kerana aku sendiri pun tak tahu bagaimana nak construct litar itu. Ambik dari rakan yang lebih dewasa je..haha.


Bahagian dalam robot yang telah siap digabungkan.

Robot ini ada empat bahagian iaitu bahagian sensor, yang akan mengesan line hitam, bahagian utama yang menempatkan cip besar itu. Coding amat penting kerana jika ada error dalam coding, robot pun error..hehe. Bahagian ketiga iaitu power supply menempatkan 2 biji bateri 9V dan akhir sekali bahagian motor yang akan menggerakkan tayar.


Robot yang siap. Takde rupa robot..haha

Apabila kesemua bahagian siap digabungkan, jadilah ia seperti di bawah ini. Tak nampak macam robot kerana mereka yang menyiapkan kerja ini tidak tahu bagaimana rupa robot..haha. Janji nampak roda dan motor dah la..hehe.


Track yang digunakan untuk robot.


Lokasi : Bukit Katil, Melaka

Comments

ni litar yg aku bwt.. cam nak mampus aku nagn azmi construct litar tu..
Ala org lain beli.. mmg la ade rupa robot.. sme Rm 300 keatas.. kita x smpai pon Rm 100
Thursday, November 26, 2009
ajib ozil > ko kne igt...smpai kul 4 pg wt bnde alah ni..haha
Thursday, November 26, 2009
Anonymous
dari pemerhatian cip besar tu mungkin PIC16F877a, harga dia sbnr nya lbh kurang rm20 jer. sensor dia guna IR sensor
Monday, September 06, 2010
Anonymous
weh..cmner nk wat...aku nk wat gak..kongsi ler step2...bahan2 ker..huuh
Friday, July 29, 2011