Laluan pejalan kaki dan beca sahaja.
IPD Melaka Tengah tu pula berada di dalam lingkungan bangunan-bangunan bersejarah di Melaka. Siapa pernah pergi Stadhuys mesti tahu punya bangunan-bangunan bersejarah tu. Tangan aku pun mula gatal nak ambik gambar persekitaran. Memang salute la kat mat saleh kerana mereka sanggup berjalan di bawah cuaca panas terik semata-mata ingin melancong di Melaka..hoho. Ada yang bawak peta, ada pula yang baca buku pasal Melaka, ada juga yang membawa beg besar. Macam-macam kerenah pelancong asing yang aku jumpa.
Mereka bersiar-siar pada waktu panas.
Tapi gambar memang tak banyak aku ambik. Ada 3 je. Tu pun pada waktu itu aku berada di depan IPD Melaka Tengah menunggu Shafiee menelefon seseorang. Siapa seseorang itu? hehe..Seseorang itu ialah seorang manusia yang bergelar manager di sebuah syarikat yang kecil juga tapi memegang tender sebanyak 52 sekolah di Melaka, iaitu tender menyelenggara komputer dan memasang network di sekolah-sekolah. Dan hari semalam menjadi hari yang special bagi aku kerana aku dan Shafiee akhirnya mendapat tempat praktikal yang akan aku mula pada minggu depan hari Isnin.
Awek hot sedang melancong..hehe
Lokasi : Bandar Bersejarah, Melaka
Comments