Tahun 1995, genap setahun Sega menjadi tempat aku melepaskan gian bermain game. Pada waktu itu jugalah, konsol Sega telah mula menunjukkan tanda-tanda nazak. Setelah 2 bulan bertahan, akhirnya aku memutuskan untuk tidak lagi bermain game kerana Sega sudah pergi tidak kembali. Tahun 2000 merupakan tahun aku mengambil peperiksaan UPSR. Dengan berkat doa dari ibu bapa serta guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, aku berjaya mendapat 5A. Waktu itu aku memang suka yang teramat kerana abah aku telah berjanji untuk membeli konsol game baru..hehe. Pada waktu itu juga, Playstation sudah setahun bertapak di Malaysia. Aku dengan rasa tidak sabar terus pergi membeli Playstation yang pertama keluar di dunia itu.
Playstation first release.Sejak dari itu, Playstation akan menjadi tempat untuk aku melepaskan nafsu game yang sudah lama aku pendam..haha. Setakat ini, aku sudah mengumpul lebih kurang 100 games Playstation. Bila aku balik dari asrama maktab, Playstation merupakan aktiviti pertama aku..hehe. Genap tahun 2005, Playstation aku sudah menjadi rakan setia aku selama 5 tahun. Seerti juga Sega, Playstation aku mula menunjukkan tanda-tanda nazak apabila dia susah nak loading game. Aku tetap bersabar sehinggalah pada satu hari itu, semua game tidak mampu dibaca oleh Playstation aku. Aku tahu bahawa Playstation aku sudah pun pergi tidak kembali lagi..haha.
Apa sudah terjadi kepada 100 games Playstation itu? Aku tidak membuangnya sebaliknya aku simpan sebagai kenangan abadi..haha. Bila aku ada laptop tahun 2007, baru aku sedar yang games Playstation boleh dimainkan di dalam PC. Terus aku download emulator Adri PSX dan cuba bermain game menggunakan emulator itu. Hasilnya membuatkan aku teruja untuk bermain games yang lama aku tak main..haha.
Ye, Adri PSX ILE Edition ini boleh dimainkan dalam semua platform Windows termasuklah Windows 7 kerana screenshot ini diambil oleh aku dengan menggunakan platform Windows 7. Jadi apa lagi? Download sekarang..hehe. Sekian, terima kasih.

Comments
and still runnning like charms~
da nak masuk 10 tahun da...:o